Sewa Vila Sambut 'Birthday' Kenalan, 17 Individu Dikenakan Kompaun RM1,000 Di Langkawi );

Type to search

Backpackerz

Sewa Vila Sambut ‘Birthday’ Kenalan, 17 Individu Dikenakan Kompaun RM1,000 Di Langkawi

Avatar
Share
vila

Ibarat tiada beban tetapi batu digalas. Gara-gara ingin mencari keseronokkan, sekumpulan remaja yang berusia di antara 20 dan 32 tahun ditahan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi.

Umum menyedari bahawa ketika ini Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 telah dilaksanakan sehingga 18 Februari ini.

Mudah kata, tidak ada kerja (kesusahan) tapi mencari kesusahan. Seramai 17 individu dikenakan kompaun sebelum dibebaskan kerana menganjurkan sambutan hari lahir semasa tempoh PKP di sebuah vila di Langkawi, malam tadi.

Vila
(Gambar hiasan)

Menurut laporan Astro Awani, kejadian berlaku sekitar 1 pagi pada Ahad apabila anggoran IPD Langkawi membuat rondaan sepanjang tempoh PKP lalu mengesan sekumpulan individu sedang berkumpul tanpa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Terdapat 13 lelaki dan empat wanita warga tempatan yang menetap di sekitar pulau itu telah menyewa vila di Ulu Melaka, Langkawi untuk meraikan sambutan hari jadi seorang kenalan mereka.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari sekali lagi mengingatkan orang awam agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tambahnya lagi, IPD Langkawi akan meningkatkan pemantauan pematuhan SOP terutama di kawasan tumpuan ramai secara menyeluruh dan berterusan sekitar Pulau Langkawi.

vila
(Gambar Facebook PDRM)
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!