);

Type to search

Airlines Backpackerz Pilihan Editor

Singapura Benarkan Pelancong Luar Transit di Lapangan Terbang Changi Mulai 2 Jun

Share
  • Pengunjung dilarang memasuki atau melintasi Singapura sejak Mac lalu untuk menyekat wabak Covid-19.
  • Penerbangan transit yang akan dibenarkan adalah langkah awal pelan pemulihan pelancongan di Singapura.
  • Changi Airport, antara lapangan terbang paling sibuk di dunia tahun lalu; mencatatkan kemerosotan hampir 99% sejak Covid-19.
  • Featured image – Kevin Lim ST

Sektor pelancongan global sedang ‘merawat’ impak pandemik bermula dengan membenarkan penerbangan transit.

Langkah Singapura harus dipuji kerana negara ini merupakan pelancongan hab serantau dan antara lapangan terbang yang tersibuk di dunia.

Pelancong akan dibenarkan transit melalui Lapangan Terbang Changi mulai 2 Jun, jelas Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada 20 Mei lalu.

Jewel Changi AIrport

Pada masa ini, penumpang asing hanya boleh transit melalui Singapura jika mereka dalam perjalanan pulang ke negara asal yang diatur oleh kerajaan.

Ini adalah salah satu daripada strategi Singapura untuk membuka semula ruang udara secara berperingkat.

Ia bagi memenuhi keperluan ekonomi dan rakyat Singapura, di samping memastikan tahap perlindungan yang ketat untuk setiap perjalanan.

Antara aspek yang perlu diutamakan adalah lorong pemindahan (transfer lanes), keselamatan penerbangan, kesihatan awam serta kesihatan penumpang dan kru udara.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!