Singapura Gantung 'Travel Bubble' Dengan Malaysia Selama 3 Bulan Akibat Peningkatan Kes COVID-19

Type to search

Backpackerz Berita

Singapura Gantung ‘Travel Bubble’ Dengan Malaysia Selama 3 Bulan Akibat Peningkatan Kes COVID-19

Share
Singapura Travel Bubble

Singapura mengumumkan akan menggantung sementara “travel bubble” atau gelembung perjalanan Reciprocal Green Lane (RGL) dengan tiga negara, Malaysia, Korea dan Jerman berikutan kenaikan kes COVID-19.

Dalam satu kenyataan, kementerian luar negeri Singapura menyatakan bahawa RGL dengan negara-negara tersebut akan digantung selama tiga bulan mulai 1 Februari 2021.

Di bawah RGL, Singapura membenarkan kemasukan rakyat dari negara-negara yang terlibat masuk dan keluar ke negara itu untuk tujuan bisnes, dan rakyatnya juga dibenarkan untuk berbuat demikian.

“Kerajaan akan mengkaji semula RGL ketika penghujung tempoh penggantungan nanti. Mereka yang telah diluluskan untuk memasuki Singapura di bawah RGL sebelum ini masih boleh melakukannya,” kata kenyataan itu.

Singapura telah bersetuju dengan RGL bersama Malaysia pada Ogos tahun lalu, diikuti dengan Korea Selatan dan Jerman masing-masing pada September dan Oktober.

Tambahnya, RGL bagaimanapun masih wujud dengan negara-negara tertentu seperti China.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!