Singapura Kembali Buka Sempadan Untuk Empat Negara
Share

Singapura kini secara bersyarat telah membuka semula sempadan kepada pengunjung dari Vietnam dan Australia (kecuali kawasan Victoria) baru-baru ini.
Sehingga 8 Oktober, kedua-dua negara ini akan mengikuti New Zealand dan Brunei sebagai satu-satunya negara di dunia yang boleh mengunjungi Singapura untuk percutian jangka pendek.
Mereka menyediakan SOP Air Travel Pass: Buat ujian swab semasa tiba di Changi, diuji negatif, dan selamat berseronok. Anda hanya perlu menggunakan aplikasi TraceTogether sepanjang tempoh penginapan anda disana.

Sebagai tambahan kepada pelancong, warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang kembali dari Australia (tidak termasuk Victoria) dan Vietnam akan dapat mengikuti ujian COVID-19 semasa mendarat. Sebelumnya, mereka perlu melakukan pra-kuarantin di rumah selama tujuh hari dan kemudian menjalani ujian swab sebelum terbang ke Singapura.