Singapura Buka Sempadan Kepada Pelancong Dengan Pas Digital Covid-19 Bulan Depan );

Type to search

Backpackerz Berita

Singapura Buka Sempadan Kepada Pelancong Dengan Pas Digital Covid-19 Bulan Depan

Share
Malaysia

Singapura akan menerima pengunjung luar yang menggunakan pas perjalanan mudah alih yang mengandungi sijil ujian dan vaksinasi Covid-19 bermula bulan hadapan.

Perkara itu disahkan oleh penguatkuasa industri penerbangan negara itu, sekaligus menjadikan Singapura negara pertama yang mengguna pakai inisiatif tersebut.

Singapura akan menerima pas perjalanan mudah alih Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) untuk pemeriksaan sebelum berlepas (pre-departure), di mana pelancong boleh mendapatkan pelepasan untuk terbang ke Singapura dan memasuki negara itu dengan menunjukkan aplikasi telefon pintar yang mengandungi data mereka dari makmal yang bertauliah.

Pas itu telah berjaya diuji oleh Singapore Airlines. Lebih daripada 20 syarikat penerbangan, termasuk Emirates, Qatar Airways dan Malaysia Airlines, juga sedang menguji pas tersebut.

“Kejayaan ini akan menjadikan kerjasama IATA dengan kerajaan Singapura sebagai satu model untuk diikuti oleh negara lain,” kata ketua pengarah IATA, Willie Walsh dalam satu kenyataan.

Buat masa ini, pelancong dari kebanyakan negara diwajibkan untuk melakukan ujian COVID-19 72 jam sebelum melakukan penerbangan ke Singapura dan perlu menunjukkan bukti ujian ketika melakukan check-in di lapangan terbang dan semasa ketibaan di negara itu.

Sumber: Reuters
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!