Sisi Keindahan Malaysia Menerusi Filem Pendek Joseph Gordon-Levitt Mendapat Perhatian Ramai
Share

- Joseph Gordon-Levitt merupakan seorang pelakon, penerbit filem, penyanyi dan usahawan dari Amerika.
- HitRecord adalah platform media kolaboratif dalam talian yang diasaskan oleh Gordon-Levitt.
- Filem pendek bertajuk “This Is Malaysia” telah mendapat lebih 200 ribu tontonan di Facebook sejak dimuatnaik 1 Oktober lalu.
Bagi peminat filem Inception pasti tahu watak Arthur yang menjadi orang kanan kepada, Dominick Cobb, seorang master planner yang cukup licik.
Karakter Arthur ini telah digalas dengan cukup baik oleh Joseph Gordon-Levitt; penampilan yang cukup segak, mahir bersenjata dan seorang yang cukup teratur.
Penulis sendiri merupakan peminat kepada karya-karya yang dihasilkan oleh pengarah kelahiran British-American iaitu Christopher Nolan. Terbaru di pawagam adalah filem Tenet.
Dah macam buat ulasan tentang filem pula. Sebenarnya, ada perkara lebih menarik untuk dikongsikan mengenai pelakon berusia 39 tahun ini.

Awal Ogos yang lalu, Joseph Gordon-Levitt mencari bakat-bakat dari seluruh dunia untuk menyertai satu projek filemnya yang terbaru.
Menariknya, pelakon ini turut mencari mereka yang fasih berbahasa melayu dan memerlukan talent dari Malaysia untuk terbabit dalam projek tersebut.
HitRecord – Komuniti Kreatif
Menerusi platform media kolaboratif yang dinamakan HitRecord, Joseph Gordon-Levitt merupakan pemilik kepada komuniti dalam talian itu yang meraikan dokumentari serta arahan kreatif dari seluruh dunia.
Tanpa menunggu lama, video klip berdurasi 1.55 minit itu berjaya dihasilkan. Joseph Gordon-Levitt telah berkongsi “This Is Malaysia” menerusi entri di Facebook.
This Is Malaysia memaparkan kepelbagaian budaya dalam masyarakat Malaysia yang wujud daripada pelbagai latar belakang serta kaum sebagai lambang identiti bangsa.
Keistimewaan filem pendek ini juga adalah usaha kolaborasi dengan rakyat tempatan yang mempunyai bakat seni kreatif. Mereka yang terlibat menjayakan telah dipilih melalui ribuan permohonan.

Selain itu, This Is Malaysia menampilkan suntingan gambar-gambar dan video pendek daripada 88 ahli komuniti HitRecord.
Setiap klip yang dimainkan secara slideshow memaparkan kemeriahan sambutan perayaan, keharmonian hubungan masyarakat kepada keindahan alam semula jadi.
Antaranya tarikan pelancongan yang dipaparkan adalah pemandangan sawah padi, pantai, air terjun, ladang teh, gunung, bukit, bangunan pencakar langit, pasar awam dan tempat ibadat.
Turut dikongsikan juga keunikan masakan Malaysia yang kaya dengan rempah ratus dan resipi tradisional. Lebis manis, setiap hidangan ini boleh dinikmati serta dikongsi bersama di meja makan.
“Proud to share This Is Malaysia, the finished short film we created collaboratively on hitRECord! HUGE thank you to everyone who contributed to this project. I’m proud of what we all made together, and looking forward to the next one”

Satu pandangan penulis mengenai filem pendek ini adalah usaha aktor Amerika ini untuk bekerjasama dengan pelbagai individu berlatarbelakang identiti Malaysia demi menerokai keindahan serta keistimewaan negara tercinta.
Meskipun suntingan klip video ini dilakukan secara ringkas dan tidak menonjolkan sinematografi, ianya masih sebuah karya yang harus dihargai. Terima kasih kepada anda yang menjayakannya!
Jom layan filem pendek This Is Malaysia.
Proud to share "This Is Malaysia," the finished short film we created collaboratively on hitRECord! HUGE thank you to everyone who contributed to this project. I'm proud of what we all made together, and looking forward to the next one. 🙂
Posted by Joseph Gordon-Levitt on Khamis, 1 Oktober 2020
Sebelum ini, seorang pelancong UK kongsi pengalaman ‘lockdown’ di Malaysia – baca di sini