'Stay & Hangout' di Private Getaway, Penang - Penginapan Santai Tawar Pawagam, Hammocks & Gelongsor - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Stay In

‘Stay & Hangout’ di Private Getaway, Penang – Penginapan Santai Tawar Pawagam, Hammocks & Gelongsor

Share
  • Private Getaway, Bayan Lepas, Penang adalah unit kondominium 2 tingkat yang boleh memuatkan sehingga 3 orang.
  • Tetamu yang menginap di sini akan diberikan akses sepenuhnya pada seluruh kediaman; pawagam persendirian, hammocks & gelongsor.
  • Penginapan ini sesuai untuk percutian keluarga (skala kecil), pelancong kembara beg galas (backpackers) & travel buddies.

Sebut sahaja stay-cation, ramai yang terbayang pengalaman inapan mewah, eksklusif dan mahal.

Secara harfiahnya, stay-cation merupakan percutian di negara asal dan bukannya di luar negara, atau diluangkan di rumah (kediaman) serta melibatkan lawatan sehari ke tarikan setempat.

Kali ini BackPackerz nak kongsikan satu destinasi percutian yang menawarkan citarasa bermalam yang luar daripada kebiasaan.

Penang terkenal dengan tarikan gastronomi yang menyajikan hidangan selera tempatan, street food serta nasi kandar.

Trend percutian di sini adalah menerjah port makan, mendekati budaya di Georgetown dan mengunjungi pantai sekitar Batu Feringgi.

Hin Bus Depot Penang
Hin Bus Depot di Georgetown

Jika inginkan kelainan, anda boleh menginap di Private Getaway yang terletak di Bayan Lepas.

Ia sebuah kediaman (unit kondominium) yang ditawarkan Airbnb untuk anda meluangkan masa bersama kenalan di bawah satu bumbung.

Kebiasaanya, penginapan di Penang menawarkan fasiliti asas seperti kolam renang, cafe, gymnasium dan sebagainya.

Lain pula Private Getaway, stay-cation ini menyediakan pawagam persendirian, spider web hammocks, gelongsor, buaian, beanbag, televisyen, tandas, pantry serta perkakas dapur.

Private Getaway Penang
A relax getaway or host a small casual meeting
Private Getaway Penang
Slide down if you want to go faster

Sesuai untuk kanak-kanak, keseluruhan penginapan ini hanya berharga RM92 semalam. Terdapat 1 katil bersaiz queen dan sofa muat untuk 3 orang, tapi anda boleh request katil tambahan dengan caj minima RM30 sahaja.

Kalau rasa malas nak keluar, anda boleh luangkan waktu petang dengan santai di ruang tamu sementara tunggu waktu makan malam.

Private Getaway benar-benar menjanjikan pengalaman tidur yang berbeza daripada menginap di hotel mahupun bilik sedia ada.

Meskipun masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, premis ini mensanitasi semua kawasan utama setiap kali sebelum tetamu baru mendaftar masuk.

Private Getaway Penang
Experience how Spiderman feels with SpiderWeb Hammock
Private Getaway Penang
Private Cinema with Hammock
Private Getaway Penang
Washroom with heated shower

Tarikan/kemudahan berdekatan

  • Mini market
  • Laundry shop
  • Queensbay Mall
  • Komplex Bukit Jambul
  • Vegetarian Food Court
  • Grandma Hokkien Mee
  • Famous Kayu Nasi Kandar
  • Penang International Airport
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!