Daerah Pelancongan Dicemari Sampah & Kotor, Sultan Johor Murka Isu Kebersihan di Mersing - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Isu

Daerah Pelancongan Dicemari Sampah & Kotor, Sultan Johor Murka Isu Kebersihan di Mersing

Avatar
Share
Mersing

  • Mersing merupakan sebuah daerah pelancongan pantai & kaya dengan tarikan alam semula jadi.
  • Kepulauan Mersing & daerahnya mampu menjadi destinasi percutian serantau utama.
  • Perairan Mersing menawarkan tarikan pulau seperti Pulau Besar, Pulau Tioman, Pulau Rawa, Pulau Pemanggil & banyak lagi.

Mersing

Daripada gugusan pulau tropika yang cantik, keenakan makanan berasaskan hasil laut, persisiran pantai yang mempesonakan dan kehalusan kraftangan buatan penduduk setempat telah melonjakkan daerah Mersing sebagai destinasi percutian pilihan.

Suasana persekitaran yang bersih berjaya serta layanan mesra berjaya menggamit pengunjung dari luar untuk singgah dan menginap ke daerah peranginan ini.

Antara pembangunan projek pelancongan yang bakal menjadi tumpuan pelancong adalah Mersing Harbour Centre, sebuah pusat bersepadu yang dilaksanakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Kerja-kerja pembangunan dan menaik taraf kemudahan pelancongan sudah laksanakan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (UPEN Johor) dengan kerjasama Tourism Johor bagi meningkatkan kehadiran pelancong, selain turut mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Tapi malangnya, keindahan alam semula jadi dan usaha yang giat dilakukan sebelum ini ibarat laksana mencari sungai yang tiada berhulu. Terpaksa berpenat lelah namun hasilnya sia-sia.

Mersing
Pantai daerah Mersing yang dipenuhi sampah & sisa buangan

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, murka dengan sikap segelintir rakyat di daerah Mersing yang mengabaikan soal kebersihan sehingga ada tempat awam dipenuhi sampah sarap.

Memetik hantaran dalam akaun Facebook rasmi baginda, hari ini, Sultan Ibrahim bertitah, Mersing merupakan sebuah daerah pelancongan bukan sahaja menjadi tumpuan pelancong dari luar negara, malah ia kaya dengan keindahan alam semulajadi.

Sekiranya tabiat ini berterusan, Sultan Johor bertitah, ia akan memberi kesan negatif kepada aspek kesihatan awam.


“Saya amat sedih dengan apa yang saya lihat di beberapa kawasan yang ditinjau. Apa nak jadi dengan Mersing? Sepatutnya tempat pelancongan tetapi apabila pelancong tiba, mereka disambut dengan sampah.

“Tidak malukan kita jika menjemput orang ke rumah sendiri tetapi keadaannya tidak sedap mata memandang? Ubahlah perangai dan buang sikap pengotor,” titah baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini (29 Disember).


Sultan Ibrahim bertitah, Mersing perlu mencontohi daerah Muar apabila Bandar Maharani itu dinobatkan sebagai Bandar Pelancongan Terbersih ASEAN pada tahun 2018.

Daerah pelancongan ini mempunyai potensi besar untuk terus dimajukan dalam sektor ekopelancongan, dan ia juga pintu utama untuk ke pulau peranginan sekitar.

Mersing

Baginda bertitah, pelbagai idea untuk menarik pelabur dan kemajuan untuk sektor di Mersing, tetapi rayat perlu memainkan peranan menjaga kebersihan di sini. Tidak ada orang nak berkunjung ke tempat yang kotor.

DYMM Sultan Johor turut bertitah mahu pihak berkuasa tempatan menguatkuasakan kompaun secara efektif supaya rakyat lebih berdisplin.

Foto ihsan FB rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!