Sungai Chongkak & Taman Eko Rimba Kanching Dibuka Semula Kepada Pengunjung - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Insider Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Visit Malaysia 2020

Sungai Chongkak & Taman Eko Rimba Kanching Dibuka Semula Kepada Pengunjung

Share
  • Sebarang aktiviti perkhemahan adalah tidak dibenarkan, sehingga satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
  • Pengunjung diingatkan sentiasa mematuhi garis panduan atau SOP terkini yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara.
  • Had bilangan pengunjung 300 orang pada satu-satu masa; tidak dibenarkan berada di dalam kawasan selepas waktu operasi.

Setelah sekian lama berada dalam batasan dinding ke dinding, ruang tamu ke dapur, inilah masa untuk menikmati alam semulajadi dengan Pusing Selangor Dulu!

Susulan pengumuman pembukaan semula sektor pelancongan domestik dan kebenaran lakukan aktiviti rekreasi air, Tourism Selangor ada berita baik.

Kanching Falls Selangor
Kanching Falls

“Dengan ini, sukacita dimaklumkan, Taman Eko Rimba Kanching dan Chongkak Park & Resort dibuka semula kepada umum mulai 6 Jun 2020.

Namun begitu, sebarang aktiviti perkhemahan tidak dibenarkan dan waktu operasi antara 8 pagi sehingga 4.30 petang sahaja”.


Sungai Chongkak Selangor
Sungai Chongkak
Sungai Chongkak

Pengunjung dilarang berada dalam kawasan rekreasi air selepas waktu operasi.

Dalam kita meraikan kemenangan yang samar-samar, janganlah kita leka dan mengambil sikap sambil lewa terhadap kelonggaran yang diberikan.

Pandemik COVID-19 masih ‘bernyawa’, cuma kita berjaya mengawalnya. Jangan biarkan pengorbanan front-liners dan diri sendiri menjadi sia-sia, ibarat menghitung bulu kambing.

Penulis sendiri pencinta simfoni alam, penggemar aktiviti hutan serta suka beriadah air pada hujung minggu.

Taman Eko Rimba Kanching
Taman Eko Rimba Kanching
Pusing Selangor Dulu

Diharap orang ramai dapat melepaskan tekanan lock down di rumah sebelum ini dengan menikmati aktiviti riadah alam semulajadi. Back to nature!

Garis Panduan – Pusing Selangor Dulu

  • Melalui proses imbasan suhu wajib
  • Mendaftar masuk dengan aplikasi SElangkah: Langkah Masuk dengan Selamat
  • Memastikan jarak sosial 1 meter
  • Digalakkan memakai topeng hidung dan muka
  • Tidak berhimpun atau berkumpul melebihi 10 orang di lokasi
  • Memastikan hanya 5 orang berada di pondok rehat dan gazebo pada satu-satu masa
  • Pelaksanaan aktiviti juga perlu mengambil kira kesesuaian pengendalian aktiviti dan pergerakan, dengan ruang minimum sebanyak 2 meter persegi setiap individu

Selain terkenal dengan warisah sejarah, Klang Royal Town dah ada mural safari guys!

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!