);

Type to search

Backpackerz Insider Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Sunyi Tanpa Pelancong, Rusa Nikmati ‘Cherry Blossoms’ di Nara Park, Jepun

Share
  • Jurugambar Jepun, Kazuki Ikeda berkongsi beberapa gambar menarik Rusa Sika ketika musim luruh (pink cherry blossoms).
  • Foto ditangkap semasa sesi pre-wedding yang dilakukan di Nara Park, Wilayah Nara.
  • Perkongsian ini untuk menggalakkan orang ramai mengunjungi Nara Park sebaik pasca Covid-19.

Sekitar Mac lalu, kelihatan sekumpulan rusa Nara dilihat berkeliaran di jalan-jalan untuk mencari makanan.

Ia disebabkan jumlah pelancong yang merosot dan penduduk setempat terpaksa mengamalkan penjarakan sosial.

Pandemik Covid-19 tidak hanya terkesan pada manusia, malah haiwan yang sering menerima kunjungan pelancong turut sukar meneruskan kelangsungan hidup.

Foto - Okadennis

Sinonim, Nara Park sentiasa padat dengan pengunjung tempatan mahupun luar untuk bertemu dengan Sika deer.

Kebiasaannya, pelancong akan membeli keropok yang dijual sekitar taman untuk diberikan kepada rusa di sini.

Pada April lalu, Kazuki Ikeda berkongsi video dan gambar pemandangan Nara Park. Lelaki Jepun ini gemar merakam gambar pre-wedding bakal pengantin di Nara Park.

Turut mencuri tumpuan warganet, rusa Sika sedang menikmati musim bunga dan mengunyak keropok sambil menjadi ‘prop’ tambahan kepada jurugambar itu.

Kini, Nara Park sudah mula dikunjungi penduduk tempatan dan rusa Sika kembali semula ke habitat asalnya sambil menikmati keropok biskut.

Foto - Kazuki Ikeda
Foto - Kazuki Ikeda
Sumber - Bored Panda

Anda boleh melihat gambar-gambar perkahwinan yang berjaya dirakam oleh Kazuki Ikeda di Instagram – Kikiphotoworks

奈良公園で前撮りをしてると私たちの姿を見たら鹿さんが一目散でやってきます。人が少なく餌をもらえないので空腹なんでしょうね。でも、この子は花の頭に桜の飾りをつけてやってきました。一緒に写りたかったのかな?#おうちで奈良旅

Posted by Kazuki Ikeda on Khamis, 9 April 2020

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!