Super Nintendo World Akhirnya Dibuka Untuk Pengunjung 4 Februari Ini );

Type to search

Asia Backpackerz Taman Tema

Super Nintendo World Akhirnya Dibuka Untuk Pengunjung 4 Februari Ini

Share

Semestinya ramai yang menantikan berita atau maklumat mengenai pembukaan Super Nintendo World yang dikatakan sebagai taman tema luas yang pertama di dunia.

Untuk pengetahuan pembaca, akhirnya pihak syarikat Universal Studios Jepun (USJ) telah mengeluarkan kenyataan bahawa pintu Super Nintendo World akan dibuka kepada pengunjung dan peminatnya pada 4 Februari 2021.

universal studios japan osaka super nintendo world mario bowser 2021 february 4 opening date

Taman tema ini terletak di Osaka, Jepun dan ia dipenuhi dengan pelbagai watak terkenal dan permainan yang menarik.

Semestinya tarikan Super Nintendo World (SNW) akan menarik minat para penggemar permainan Nintendo serta maskot mereka iaitu Mr Mario.

Baru-baru ini pihak USJ telah mengeluarkan satu rakaman yang memaparkan gambaran sebenaran (real footage) mengenai perjalanan permainan Mario Kart: Koopa’s Challenge, panduan serta beberapa visual lokasi di bahagian Bowser’s Castle.

Korang boleh layan video dibawah ini;

 

Antara tarikan utama taman tema ini adalah pengunjung dapat berinteraksi dalam perlumbaan antara pemain dengan Mario dan Princess Peach. Mereka akan melemparkan peluru untuk mengalahkan musuh mereka.

Terdapat juga aktiviti pencarian harta karun di kawasan Mushroom Kingdom, lebih menarik adalah untuk membuat Bowser Castle tidak kira had umur dan memberikan pengalaman yang sukar dilupakan. Bukan kata kanak-kanak je seronok, bapa budak pun teruja sama.

Bagaimanapun, SNW masih menitikberat mengenai pelaksanaan serta kawalan ketat bagi mengekang penularan Covid-19. USJ akan menghadkan kapasiti pengunjung ke taman tema serta memberi mereka ruang peribadi dan masa bermain yang mencukupi.

Kepada peminat Mario atau permainan Nintendo, jangan lepaskan peluang anda untuk mengunjungi taman tema idaman yang sentiasa menanti kehadiran anda.

Nak rentas negeri tak lepas, apakan lagi nak rentas sempadan. Bermimpi sekarang, melancong kemudian. Terus kekal berada di dalam rumah.

[Sumber: Lovely Planet]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!