Switzerland Tawar Tiket Sehala Percuma Ke Eropah & Duit Poket Kepada 'Homeless' - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz

Switzerland Tawar Tiket Sehala Percuma Ke Eropah & Duit Poket Kepada ‘Homeless’

Share
Switzerland

Bila sebut destinasi sekitar Switzerland, siapa je yang tak idamkan percutian di salah satu negara dengan sumber ekonomi yang kaya dan paling stabil di dunia.

Swiss, nama singkatannya turut digelar sebagai negara paling bersih seantero dunia sehinggakan mendahului carta kedudukan teratas dengan skor Indeks Prestasi Alam Sekitar (EPI) 87.42 – markah penuh adalah 100.

Sudah tentu keindahahan negara ini tidak mahu dicemari dengan pencemaran alam sekitar, masalah kebersihan, isu vandalisme dan kebanjiran gelandangan.

Switzerland

Memetik laporan Astro Awani, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Basel, Switzerland menawarkan tiket sehala secara percuma kepada ‘homeless’ untuk berpindah ke mana-mana destinasi pilihan mereka di Eropah.

Sebagai terma dan syarat, golongan ini mesti menandatangi perjanjian untuk tidak kembali semula ke Switzerland.

Jurucakap Jabatan Kehakiman Basel, Toprak Yergu memberitahu portal berita 20 Minutes, golongan tersebut di bandar berkenaan boleh request baucar perjalanan serta wang tunai 20 francs Switzerland (RM90).

“Penerima tiket harus menandatangi kontrak untuk tidak pulang ke Switzerland selama tempoh yang ditetapkan.

“Sekiranya mereka didapati melanggar kontrak tersebut, golongan ini berdepan tindakan pengusiran buat selama-lamanya,” jelas Yergu.

Switzerland

Menurut laporan akhbar Le News, seramai 31 individu telah mengambil tawaran dari PBT Basel, termasuk 14 individu yang berasal dari Romania dan tujuh dari Jerman.

Buat pengetahuan anda, Kerajaan Switzerland mengamalkan sikap tidak bertoleransi terhadap mana-mana golongan gelandangan.

Sebelum ini, kerajaan tempatan Vaud meluluskan undang-undang yang tidak membenarkan orang ramai meminta sedekah di sisi jalan.

Pihak berkuasa tempatan di bandar Swiss pernah ‘dicabar’ di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah kerana memenjara seorang wanita di Geneva selepas gagal membayar denda kerana meminta sedekah di kaki lima. Mereka kemudian diarah membayar 922 Euro (RM4909) sebagai ganti rugi kepada wanita berkenaan, lapor Le News.

Sehingga ke hari ini, kumpulan hak asasi manusia dan pihak pembangkang sedang berusaha untuk membatalkan undang-undang terhadap golongan gelandangan ini.

Switzerland cukup terkenal dengan tarikan landskapnya yang cukup indah dan menawarkan lebih daripada 1,500 buah tasik yang cantik lagi mempesonakan.

Baru-baru ini, Switzerland Tourism telah melantik jaguh tenis dunia, Roger Federer sebagai duta pelancongan – baca di sini.

Switzerland

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!