Syarikat Ini Jual Udara Segar Dari Negara-Negara UK Untuk Mereka Yang Rindu Udara Di Sana Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider

Syarikat Ini Jual Udara Segar Dari Negara-Negara UK Untuk Mereka Yang Rindu Udara Di Sana

Share
Udara Segar UK

Dengan pandemik COVID-19 yang sedang melanda ketika ini, pelancongan antarabangsa nampaknya masih lama untuk pulih dan para pelancong kini sudah mula rindu akan destinasi yang mereka sudah rancang untuk pergi.

Sebuah syarikat penghantaran United Kingdom (UK), My Baggage tampil dengan idea unik bagi mengubati kerinduan mereka yang rindukan UK dengan menjual udara segar dari negara-negara di kawasan berkenaan.

Walaupun kedengaran pelik, ia tetap mendapat sambutan apabila kebanyakan udara yang dijual telah dilabel ‘out of stock’ di laman web mereka.

Antara produk yang dijual adalah udara segar dari keempat-empat negara UK iaitu England, Scotland, Wales dan Ireland Utara yang berharga 25 pound sterling setiap satu.

Selain itu, turut menjadi tarikan adalah udara ikonik London Underground dan aroma Fish & Chips asli dari Norfolk.

[Gambar: My Baggage]

Namun, ini bukanlah perniagaan udara pertama yang pernah wujud. Beberapa tahun lalu, Vitality Air yang berasal dari Kanada mula menjual udara dari Banff, sebuah resort yang terletak di Alberta, Kanada.

Udara segar daripada gunung Fuji juga telah dijual di kedai cenderahatinya sejak tahun 2014 lagi.

Mungkin selepas ini ada syarikat Malaysia yang mengambil inspirasi dan menjual udara dari lokasi-lokasi menarik di negara ini?

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!