20 Senarai Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2021 );

Type to search

Airlines Backpackerz

20 Senarai Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2021

Share

Ini merupakan tahun yang agak sukar bagi industri penerbangan berikutan hal pandemik COVID-19.

Memandangkan sebahagian negara sudah membenarkan perjalanan udara, AirlineRatings.com bagaimanapun telah mengeluarkan senarai syarikat penerbangan terbaik dunia 2021.

Tahun ini, Qatar Airways telah melonjak ke ranking pertama, mengalahkan juara sebanyak 6 kali sebelum ini iaitu Air New Zealand, dan terkini jatuh pada kedudukan kedua.

syarikat penerbangan

Komitmen untuk memastikan laluan udara dunia terbuka semasa COVID-19, inovasi, produk baru, dan perkhidmatan penerbangan terkenal di dunia telah digabungkan untuk memberikan Qatar Airways anugerah berprestij dari AirlineRatings.com 2021 Airline of the Year dalam Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan.

syarikat penerbangan

Sementara itu, Singapore Airlines turut sertai top 5 dengan berada di tangga ketiga. Singapore Airlines sebelum ini memenangi syarikat penerbangan terbaik pada tahun 2019.

syarikat penerbangan

Nombor empat dalam senarai AirlineRatings.com adalah Qantas, yang juga telah diangkat sebagai syarikat penerbangan paling selamat di dunia awal tahun ini.

syarikat penerbangan

Dan top 5 yang terakhir disandang oleh Emirates dari Dubai.

syarikat penerbangan

20 Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2021

  1. Qatar Airways
  2. Air New Zealand
  3. Singapore Airlines
  4. Qantas
  5. Emirates
  6. Cathay Pacific
  7. Virgin Atlantic
  8. United Airlines
  9.  EVA Air
  10. British Airways
  11. Lufthansa
  12. ANA
  13. Finnair
  14. Japan Air Lines
  15. KLM
  16. Hawaiian Airlines
  17. Alaska Airlines
  18. Virgin Australia
  19.  Delta Air Lines
  20. Etihad Airways

Selain 20 ranking teratas, AirlineRatings.com juga memberikan anugerah tambahan untuk tawaran syarikat penerbangan – termasuk untuk kelas pertama terbaik (Singapore Airlines), kru kabin terbaik (Virgin Australia) dan lounge lapangan terbang terbaik (Qantas).

Sementara itu, syarikat penerbangan bajet EasyJet memenangi anugerah syarikat penerbangan tambang rendah terbaik untuk Eropah, dan Jetstar Asia/Pasifik dan Southwest untuk sektor Amerika.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!