Tahun Melawat Malaysia: Ini 10 Hotel Butik Dengan Konsep Penginapan Unik, Bergaya & Berpatutan - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Insider Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Stay In Tips Visit Malaysia 2020

Tahun Melawat Malaysia: Ini 10 Hotel Butik Dengan Konsep Penginapan Unik, Bergaya & Berpatutan

Share
  • Istilah butik hotel tidak bermaksud sebuah penginapan dengan butik di dalamnya, tetapi lebih kepada konsep ala ala butik iaitu eksklusif, hiasan dalaman kreatif & kebiasaannya terletak di kawasan urban.
  • Selalunya butik hotel tawar bilik yang terhad antara 10 hingga 100 buah sahaja.
  • Idea dan konsep “boutique hotel” lebih popular di Eropah, dan Asia tidak terkecuali.

Cukup mudah memilih penginapan eksklusif jika melancong di tengah kotaraya. Tetapi ada segelintir pelancong yang berpendapat bahawa tempat tidur atau bermalam sekadar persinggahan untuk berehat semata-mata, jadi kos tersebut boleh dielakkan jika memilih penginapan yang bajet tetapi masih selesa.

Ambong Ambong Pool Villa, Langkawi

Pada pandangan penulis sendiri, berhabis wang untuk mendapatkan penginapan hanya gah pada nama atau taraf 5 bintang, ia sekadar pembaziran. Namun, perkara ini adalah subjektif serta bergantung pada poket anda sendiri memilih lokasi sesuai untuk melelapkan mata.

Seandainya anda memerlukan masa untuk diri sendiri yang lebih selesa “me time” dan mencari tempat berehat yang unik daripada kebiasaan, hotel-hotel butik di Malaysia menawarkan lebih daripada sekadar penginapan.

Hotel butik kini menjadi pilihan pelancong Free Independent Traveler (FIT) atau kembara beg galas yang inginkan penginapan berpatutan dan selesa, selain tawaran bilik yang lebih privasi, dengan sentuhan dekorasi dalaman gaya moden kotemporari serta mempunyai tema.

Rosa Malacca

Ada juga penginapan butik hotel yang agak mahal tapi ia lebih kepada percutian tropika yang lebih nyaman dan semulajadi. Selain itu, butik hotel mewah turut menampilkan karakter tersendiri, dekorasi yang menyegarkan mata, fasiliti tambahan dan pengalaman bermalam yang menarik. Tepuk dada tanya selera anda! 

Jadi menjelang cuti hujung tahun dan Tahun Melawat Malaysia 2020, BackPackerz memberi anda beberapa idea untuk menginap di butik hotel di Malaysia.

Mural lukisan berdekatan D'Nice Heritage House, Georgetown

1 – Ambong-Ambong, Langkawi Rainforest Retreat

Dibina pada tahun 2011, Ambong Ambong Rainforest Retreat adalah destinasi percutian tropika di dalam hutan yang subur di Pulau Langkawi. Ia menyediakan hanya 11 unit, suasana romantis, suite yang luas dan persekitaran nyaman.

Penginapan resort butik ini terletak di cerun bukit yang menghadap ke laut Andaman serta pulau kecil Langkawi. Terdapat restoran Jepun, perkhidmatan urutan serta aktiviti yoga yang cukup menyegarkan. Ambong-Ambong Rainforest Retreat menjadi pilihan The Traveler’s Choice 2019 Winner, oleh itu harga yang ditawarkan ‘agak keras’ sedikit. 

Website: Ambong Ambong Rainforest Retreat

Ambong Ambong Pool Villa
Ambong Ambong Rainforest Retreat

2 – Jonker Boutique Hotel, Melaka

Pertama, lokasi butik hotel ini cukup strategik. Jonker Boutique Hotel terletak betul-betul di awal Jalan Jonker dan Temple Street – kedua-duanya padat dengan kedai cenderamata, kafe-kafe dan sentuhan tempatan yang unik.

Seni dan dekorasi bandar lama Melaka digabungkan di hotel butik Jonker. Menawarkan hanya 16 bilik yang luas dengan hiasan perabot mewah.

Website: Jonker Boutique Hotel

Jonker Boutique Hotel
Lukisan mural sekitar Jonker Boutique Hotel
Jonker Boutique Hotel

3 -Suite 18 Boutique Hotel, Kuala Terengganu

Menyediakan WiFi percuma di seluruh hotel, Suite 18 Boutique Hotel menawarkan penginapan bajet di Kuala Terengganu. Anda boleh menikmati hari rehat yang menenangkan di taman halaman belakang. Menawarkan 25 bilik yang bersih dan cukup selesa.

Lokasi butik hotel yang strategik dan berdekatan dengan semua kemudahan serta lokasi tarikan seperti 7 Elevan, restoran sekitar Chinatown dan Kuala Terengganu Waterfront.

Facebook: Suite 18 Boutique Hotel

Boutique Hotel turut menjadi pilihan warga kota
Freshly baked Portuguese Egg Tart di Suite 18 Hidden Cafe
Suite 18 Boutique Hotel

4 – Seven Terraces, Georgetown

Pemenang Anugerah Cemerlang UNESCO 2007 untuk pemuliharaan warisan dan Conde Naste Hot List Nominees, Seven Terraces menggabungkan semangat bandar warisan dunia serta budaya peranakan yang unik di tengah Georgetown.

Rumah-rumah teres telah diubahsuai menjadi suite yang luas di tingkat pertama, dengan dua suite di setiap rumah kedai. Ruang bawah kini menjadi kawasan umum di mana kaunter daftar masuk, kolam renang, lounge dan Restoran Kebaya.

Website: Seven Terraces

Seven Terraces, Georgetown
Pool di Seven Terraces, Georgetown

5 – D’Nice Heritage House, Georgetown

Hotel butik ini mula beroperasi sejak Julai 2016. Rumah tamu atau ‘guesthouse’ kelihatan seperti bangunan lama tipikal yang banyak terdapat di Pulau Pinang, tapi jangan terkejut setelah melepasi pintu masuk hadapan. Sentuhan dan kemasan dekorasi dalaman bermotifkan kebudayaan masyarakat Cina menghiasi segenap ruang yang ada.

D’Nice Heritage House terletak di Lebuh Melayu dan menawarkan sembilan buah bilik pada dua tingkat bangunan. Anda disediakan free flow drinks berhampiran kaunter daftar masuk, anda boleh ambil dan bancuh sendiri sahaja.

Facebook: D’Nice Heritage House 七秒客棧

Reception D'Nice Heritage House
D'Nice Heritage House

6 – Anggun Boutique Hotel & Spa, Kuala Lumpur

Terletak di Changkat Tong Shin, kawasan Bukit Bintang, Anggun sebuah hotel butik klasik dengan ruang spa di atas bumbung serta kafe semi-luaran yang dilengkapi hiasan lantai kayu serta perabot kayu jati.

Alam Beauty Spa adalah bonus jika anda menginap di sini. Pilih bilik dengan balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan jalanan.

Website: Anggun Kuala Lumpur

Anggun Kuala Lumpur
Anggun Boutique Hotel & Spa

7 – The Ranee, Kuching

Hotel butik mewah dan eksklusif di tengah bandar lama Kuching, The Ranee dibina semula dari dua rumah kedai tradisional abad ke-19.

Rekaan khas untuk mengekspresikan keperibadian, daya tarikan dan karakternya sendiri semasa bercuti ke Sarawak!

Website: The Ranee

The Ranee, Kuching
The Ranee

8 – Rosa Malacca

Rosa Melaka menawarkan penginapan gaya moden-kota. Dibuka pada bulan Januari 2017, hotel butik ini menampilkan halaman yang mengagumkan, dekorasi Eropah serta ruang tamu hotel yang menarik, menggunakan batu bata kosong, dinding simen dan panel lantai kayu.

Lokasi hotel terletak kira-kira 200 meter dari zon warisan dunia UNESCO Melaka, menawarkan 60 bilik dan suite yang luar biasa. Sesuai untuk bergambar dan dimuatnaik pada Instagram anda! Rosa Malacca destinasi inapan kegemaran penulis! 

Website: Rosa Malacca

Rosa Melaka
Ruang halaman di Rosa, Melaka

9 – Bliss Boutique Hotel, Johor Bahru

Terletak secara strategik di tengah bandar Johor Bahru, Bliss Boutique Hotel hanya 2 minit memandu ke Pusat Bandar JB dan CIQ (Kastam Imigresen & Kuarantin) yang menghala ke Singapura.

Bliss Boutique Hotel mempunyai 16 bilik butik, 30 bilik Designer dan Suite mewah.

Website: Bliss Boutique Hotel

Bliss Boutique Hotel
Designer Twin Room - Bliss Boutique Hotel

10 – M Boutique Hotel, Ipoh

Diinspirasikan dari gabungan Kolonial Malaya masa lalu dengan hiasan moden komtemporari, M Boutique Hotel menawarkan inapan untik dan menepati citarasa moden di tengah bandar Ipoh.

M Boutique Hotel mempunyai 93 buah bilik secara keseluruhan mengikut jenis yang berbeza antaranya The Cabin, Two Twins & The Queen, The Club dan The Family Suite.

Website: M Boutique Hotel Ipoh

M Boutique Hotel Ipoh
M Boutique Hotel Ipoh

Penginapan yang tampak mewah, berkualiti dan menampilkan citarasa unik tidak semestinya mahal yang melampau. Masih wujud penginapan butik hotel yang mampu milik dan menawarkan 1001 pengalaman tidur yang menarik. Jom kita menyokong Tahun Melawat Malaysia 2020!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!