Lapangan Terbang di Taiwan Tawarkan 'Trip Palsu' Buat Rakyat yang Ketagih Nak Travel Semula - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Airlines Asia

Lapangan Terbang di Taiwan Tawarkan ‘Trip Palsu’ Buat Rakyat yang Ketagih Nak Travel Semula

Share

Ketagih nak travel semula tetapi tak boleh sebab ‘lockdown’? Sebuah lapangan terbang di Taiwan ada penyelesaiannya – dengan menawarkan itinerari penerbangan palsu di mana anda boleh daftar masuk, cop pasport, pemeriksaan sekuriti malah naik kapal terbang. Tetapi, kapal terbang itu tidak ke mana-mana pun!

Bermula semalam (2 Julai), Lapangan Terbang Songshan di downtown Taipei menawarkan peluang untuk merasai peluang pengembaraan dan penerbangan palsu tersebut, dengan 60 orang berjaya dipilih daripada sejumlah 7,000 calon yang membuat permohonan.

Difahamkan, lebih banyak penerbangan palsu akan dilakukan pada minggu-minggu akan datang.

“Penumpang” yang terpilih akan diberikan boarding pass dan kemudian bergerak ke pos sekuriti dan imigresen sebelum menaiki pesawat Airbus A330 milik China Airlines, yang merupakan pesawat pengangkut tersbesar di Taiwan.

“Saya betul-betul mahu terbang ke luar negara. Namun, disebabkan pandemik yang melanda, semua orang tidak boleh terbang,” kata Hsiao Chun-wei, 38 yang datang bersama anak lelakinya.

Sejak Covid-19 melanda awal tahun ini, operasi penerbangan di negara tersebut dikatakan telah menjunam sebanyak 64% dalam tempoh lima bulan pertama 2020.

Sumber: Channel News Asia | Foto: Taipei Times

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!