"Taj Mahal Full Moon Night View" Mula Diperkenalkan Kepada Pengunjung Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Insider Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

“Taj Mahal Full Moon Night View” Mula Diperkenalkan Kepada Pengunjung

Share
  • Sebelum ini, Taj Mahal dibuka dari matahari terbit hingga matahari terbenam setiap hari kecuali Jumaat.
  • Langkah baru ini akan beri peluang tambahan kepada pengunjung untuk mendekati Taj Mahal yang tersenarai Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1983.
  • Seperti yang terjadi pada kebanyakan tempat tarikan paling terkemuka di dunia, Taj Mahal telah menghadapi kesan “Over-tourism”.

Bagi pelancong pertama kali menjejakkan kaki ke India, hampir mustahil untuk tidak mengunjungi monumen ikon di Agra iaitu Taj Mahal. Makam dan kuil yang mulia ini didedikasikan kepada isteri kesayangan Jahan, Mumtaz Mahal yang meninggal ketika melahirkan anak.

Taj Mahal UNESCO
Taj Mahal, Agra

Masalah kesesakan pelancong telah berlaku di Taj Mahal sehingga memberi kesan kepada komuniti setempat.

Oleh itu, pegawai pelancongan rasmi Agra telah memberitahu CNN Travel bahawa laman web yang mengendalikan kemasukan pelancong ke Taj Mahal akan membenarkan pelawat mengunjungi pada waktu malam (night viewing) sebanyak lima kali setiap bulan (full moon) kecuali Ramadhan.

Taj Mahal during Full Moon Night - Photo by Lonely Planet

Sebelum ini pihak berkuasa India hanya membenarkan pelawat berada di Taj Mahal selama tiga jam dan dibuka dari matahari terbit hingga matahari terbenam untuk membantu mengawal kesesakan pelancong.

Langkah baru ini akan memberi peluang tambahan kepada pengunjung untuk meneroka sisi berlainan dari Taj Mahal iaitu ‘bermandikan’ cahaya bulan sambil mengimbangi struktur marmar putih.

Untuk menempah tiket masuk full-moon night viewing, pengunjung perlu menghubungi Archaeological Survey of India Office di 22 Mall Road, Agra atau layari laman web – Taj Mahal Night View.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!