Taman Negara Diarahkan Tutup Sementara Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Insider Isu

Taman Negara Diarahkan Tutup Sementara

Share

Taman Negara Kuala Tahan, Pahang mengeluarkan arahan penutupan sementara bermula 6 Oktober sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak.

Penularan Covid-19 semakin meningkat menyebabkan seluruh kawasan Taman Negara ditutup.

Sabri Abdullah, Pengurus Pelanggan, Mutiara Taman Negara (MTNR) memaklumkan pelancong tempatan dari Pulau Pinang dan Kuala Lumpur antara pengunjung terakhir yang menginap di kawasan tersebut.

Pengusaha dan pelancong tetap mengikut arahan walaupun masih dalam tempoh bercuti.

Menurut Sabri, Taman Negara baru sahaja memulakan aktiviti seperti biasa selepas arahan berhenti beroperasi beberapa bulan yang lalu.

Arahan penutupan ini memberi kesan kepada semua pengusaha dan pemilik penginapan lebih-lebih lagi notis yang diberi secara mengejut menyebabkan mereka terpaksa memaklumkan kepada pengunjung yang sudah buat pembayaran.

Kemudahan awam, aktiviti rekreasi dan riadah di bawah jagaan Taman Negara seperti Bukit Teresek, Lata Berkoh, Lubuk Simpon dan sekitar Sungai Tahan antara kawasan yang ditutup sementara waktu.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!