Mandi-Manda Di Taman Tema Air Darul Makmur Jerantut );

Type to search

Backpackerz Insider Stay In Taman Tema

Mandi-Manda Di Taman Tema Air Darul Makmur Jerantut

Ain Huda
Share

Bila ke Jerantut je mesti terfikir Taman Negara Kuala Tahan. Sebenarnya di bandar Jerantut ada sebuah Taman Tema Air Darul Makmur di bawah pengurusan Hotel Darul Makmur yang dimiliki oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Memandangkan cuti sekolah sudah pun bermula, bolehlah bawa anak mandi-manda dan berehat di Hotel Darul Makmur.

Taman tema air ini terletak di belakang hotel yang sangat mudah diakses dari bilik ke taman tema air.

Dengan keluasan 2.5 ekar dan mempunyai tiga buah kolam iaitu kolam utama, kolam untuk kanak-kanak dan kolam luncur yang dinamakan sempena nama pokok di Taman Negara seperti Tasik Meranti, Pantai Cengal dan Lubuk Tualang.

Di sini juga menyediakan 15 buah gazebo untuk disewa. Setiap gazebo dinamakan sempena ikan sungai yang terdapat di Sungai Pahang seperti ikan kelah, ikan lampam, ikan kerai dan ikan tenggalan.

Selain itu, kemudahan seperti surau, tempat persalinan dan kawasan tempat letak kereta yang luas disediakan. Perkhidmatan sewa pondok, pelampung dan almari memudahkan lagi pengunjung untuk menyimpan barang.

Pengunjung boleh menikmati hidangan di restoran Tepian Darul Makmur.

Selain taman tema air, Hotel Darul Makmur juga menyediakan kolam untuk tetamu yang menginap di hotel berkenaan.

Sekarang Taman Tema Air Darul Makmur menawarkan harga promosi, hubungi 09-2662552.

Untuk maklumat lanjut sila layari Website Hotel Darul Makmur atau Instagram Hotel Darul Mukmur.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!