Taman Tema & Waterpark Dibenarkan Beroperasi Semula - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Pilihan Editor Taman Tema Visit Malaysia 2020

Taman Tema & Waterpark Dibenarkan Beroperasi Semula

Share
Cuti Cuti Malaysia
  • Had pengunjung mengikut kapasiti ruang & saiz kawasan taman tema.
  • Prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan perlu dipatuhi setiap masa.
  • Pengunjung perlu install aplikasi MySejahtera, jalani pemeriksaan suhu badan, jarakan sosial & penyediaan sanitasi tangan.

Penulis menjangka taman tema di Malaysia akan kembali meriah apabila dibuka semula esuk setelah mendapat ‘greenlight’.

Terima kasih Pak Long! Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga (MAATFA) pasti gembira dengan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam. 

Sebanyak 54 taman tema dibenarkan beroperasi mulai 1 Julai 2020. Rindu rasa nak mandi dekat Sunway Lagoon.

ESCAPE Adventureplay
Sunway Lagoon
Lost World of Tambun

Jika sebelum ini hanya beberapa tarikan bertema alam yang dibuka. Contohnya  ‘AdventurePlay’ di Escape Penang.

Kini, tarikan berkonsepkan air yang merangkumi gelongsor air terpanjang di dunia akan dibenarkan beroperasi.

Pasti ramai tidak sabar untuk meraikan keseronokkan di taman tema seperti Sunway Lagoon, Lost World of Tambun, Wet World, WaterWorld dan banyak lagi. 

Kebenaran operasi melibatkan taman tema dan hiburan keluarga ini membabitkan lebih 10 ribu tenaga kerja.

Ini satu usaha singkat yang mampu memberikan theme park dan waterpark di Malaysia bernafas semula.

Sekali lagi diingatkan, pengusaha taman tema air perlu mengikut garis panduan dan pemantauan kualiti kolam air yang ditetapkan.

Splash Out, taman tema air pertama di Langkawi.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!