Telaga Air Panas di Hulu Langat Berpontensi Sebagai 'Onsen' Pertama & Terbesar Malaysia - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Insider Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Visit Malaysia 2020

Telaga Air Panas di Hulu Langat Berpontensi Sebagai ‘Onsen’ Pertama & Terbesar Malaysia

Share
  • Artesian adalah aliran air semula jadi tanpa perlu dipam yang memiliki paras air tinggi atau separa permukaan tanah di tapak telaga.
  • Kawasan telaga air panas artesian Hulu Langat dicadang untuk digazetkan sebagai Geo Tapak dan Geo Warisan.
  • Berendam di kolam air panas dipercayai mampu melancarkan pengaliran darah & memberi kesan positif kepada tubuh badan.

Bagi mereka yang pernah bercuti ke Jepun pasti sinonim dengan ribuan kolam air panas semulajadi yang dikenali sebagai Onsen.

Pelancong luar melihat onsen sebagai tarikan pelancongan, tetapi aktiviti mandi kolam air panas adalah salah satu budaya normal bagi penduduk di negara matahari terbit ini.

Onsen, salah satu budaya di Jepun

Onsen boleh didapati di bandar besar seperti Tokyo, namun majoriti onsen terletak di kawasan desa. Ironi Malaysia kaya dengan tarikan air terjun dan sungai, kini korang berpeluang nikmati kolam air panas ‘onsen’ pertama di Malaysia.

Tourism Selangor mengesahkan penemuan telaga air panas artesian terbesar yang terletak di Kampung Jawa, Hulu Langat.

Sebelum ini, Jabatan Mineral dan Geosains Selangor (JMGS) menemukan telaga air panas itu di tapak tanah wakaf masjid Kampung Jawa yang dikatakan terbesar di Malaysia.

Foto - Filzah Izzani (Selangorkini)

Trivia – Terdapat lebih dari 3 ribu Japanese hot spring (onsen) resorts di Japan, selebihnya onsen awam/tertutup, ryokan, pensions atau hotel.


Foto - Hafiz Othman (Selangorkini)

Tourism Selangor sedia bekerjasama dengan pihak tertentu serta mempunyai rancangan untuk menjadikan tapak berkenaan seperti di Onsen, Jepun.

Dengan kedalaman 160 kaki dengan suhu antara 47 hingga 49 darjah Celcius, telaga ini dicadang untuk dijadikan produk terbaharu pelancongan memandangkan kawasannya yang strategik dan sesuai untuk aktiviti riadah keluarga, perkhemahan dan sebagainya.

Foto - Hafiz Othman (Selangorkini)
Rehatkan tubuh badan dengan berendam dalam kolam air panas

Kenapa dipanggil telaga tiub artesian air panas dan sesuai dijadikan Onsen?

“Tapak telaga ini yang terbesar di Malaysia. Tempat lain hanya kolam air panas (hot spring) kerana sekadar mengeluarkan mata air atau lelehan air panas sahaja.

“Kadar luahan air panas di Masjid Kg. Jawa, Batu 18 Hulu Langat beratus ratus kali ganda serta pengaliran air dari bawah tanah tanpa perlu dipam jika dibandingkan dengan hot spring sedia ada”, menurut Wan Neqhaikal Wan Abdul Karim, Penolong Pengarah Jabatan Mineral & Geosains Malaysia (Selangor/Wilayah Persekutuan).

Taenoyu Onsen, Akita Prefecture, Japan

Selain tarikan kolam air panas sedia ada yang menjadi percutian hujung minggu keluarga, telaga air panas ‘onsen’ ini bakal memberi nilai tambah serta tumpuan kepada sektor pelancongan tempatan. 

Hulu Langat sememangnya terkenal dengan destinasi ekopelancongan yang mampu menarik minat pelancong antarabangsa mahupun pengunjung domestik. #VisitMalaysia2020

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!