Tempahan Penginapan Hotel Meningkat Sejak PKPP - MOTAC - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Tempahan Penginapan Hotel Meningkat Sejak PKPP – MOTAC

Share
  • Kadar tempahan hotel merosot sejak Mac sehingga Mei kerana kemuncak COVID-19 di Malaysia.
  • Status penghunian penginapan pada bulan Mac 18.29 peratus, April menurun 8.86 peratus & Mei 9.63 peratus.
  • Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya sedang mengenal pasti zon hijau di negara luar yang boleh dilaksanakan konsep gelembung perjalanan (travel bubble).

Akan ada senyuman setelah tangisan, akan ada hikmah disebalik setiap musibah yang berlaku, akan muncul pelangi selepas hujan.

Penggiat sektor pelancongan kini menitipkan kesyukuran selepas Perdana Menteri membenarkan rakyat melancong dalam negara sejak 10 Jun lalu.

Rebut peluang membawa keluarga anda untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan norma baharu selepas tiga bulan ‘terkurung’.

eRYAbySuria
Back to nature
Langkawi

Sektor pelancongan domestik boleh menarik nafas lega kerana ketika ini rakyat Malaysia termasuk penulis sendiri berhasrat benar untuk melancong.

Tempahan hotel di seluruh negara kembali mencatatkan peningkatan tempahan sehingga 30.74 peratus setakat bulan Jun.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata hotel mula dipenuhi pengunjung tempatan; hal ini membantu memulihkan ekonomi negara yang terjejas teruk akibat pandemik.

“Sehingga 30 Jun, tempahan melonjak kepada 30.74 peratus. Ini menandakan rakyat kita telah mula keluar, mereka berani keluar kerana keadaan di negara agak selamat,” jelasnya kepada Bernama.

Datuk Seri Nancy Shukri
Datuk Seri Nancy Shukri/Foto - Astro Awani

Kementeriannya akan mendapatkan nasihat serta panduan yang melibatkan pelonggaran sekatan perjalanan antara dua atau lebih negara yang mempunyai kadar jangkitan dan kes tempatan COVID-19 rendah.

Salam Jumaat semua. Pagi ini cuaca redup dan kicauan burung seolah menyanyikan kedamaian selepas hujan renyai. Teruskan menyokong kempen Cuti-Cuti Malaysia guys!

Merancang percutian pantai dan laut? Ini 4 pulau kegemaran BackPackerz di Terengganu

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!