3 Lokasi Air Terjun Menarik Di Selangor - Verst );

Type to search

Backpackerz Hiking & Outdoor Visit Malaysia 2020

3 Lokasi Air Terjun Menarik Di Selangor

Share

Tidak dinafikan, Selangor merupakan salah satu negeri yang banyak memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Namun, di sebalik kesibukan itu terdapat beberapa lokasi dan khazanah alam yang mampu memberikan ketenangan kepada warga kota untuk beriadah.

Ditambah lagi di kawasan pergunungan yang menghijau. Tambahan pula, kalau dapat mandi manda air terjun yang dingin.

Kami menyenaraikan beberapa lokasi air terjun yang menarik untuk percutian berkonsep Back to Nature.

1. Air Terjun Sungai Tua, Ulu Yam

Air Terjun Sungai Tua merupakan salah satu kawasan air terjun yang terbaik bagi aktiviti bersama keluarga.Terdapat sungai yang cetek dan amat sesuai serta selamat bagi aktiviti mandi manda si kecil.

Selain itu, terdapat juga kemudahan pondok untuk berteduh di tepi sungai serta mudah untuk diakses dengan menggunakan kereta ke kawasan berkelah ini.

Bukan itu saja, lokasinya bersebelahan dengan taman rekreasi juga menjadikan ia lebih istimewa berbanding kawasan air terjun yang lain. Bagi anda yang merancang untuk ke sini nanti, semak laporan cuaca dan pakai pakaian yang bersesuaian.

Bayaran:                                                                     Bayaran Tapak Perkhemahan:

Dewasa: RM1                                                             RM5 per Khemah

Kanak-Kanak: RM0.50                                               RM2 untuk Pelajar

Sumber Facebook: Gerald Lim

2. Air Terjun Sungai Congkak, Ulu Langat

Air Terjun Sungai Congkak cukup sinonim dan popular dalam kalangan orang Selangor. Lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti resort, kawasan lapang untuk beraktiviti secara berkumpulan serta kelestarian air terjun yang masih elok terjaga membuatkan kawasan ini sering menjadi tumpuan pada hujung minggu.

Air Terjun Sungai Congkak juga dikenali sebagai Congkak Park & Resort yang mana dikendalikan oleh Badan Pelancongan Selangor.

Bayaran:                                                                    

Dewasa: RM1                                                            

Kanak-Kanak: Percuma 12 tahun ke bawah

3. Air Terjun Sungai Pisang, Gombak

Air Terjun Sungai Pisang cukup popular di daerah Gombak terutamanya dalam kalangan pelajar universiti dan juga penduduk sekitarnya.

Aktiviti seperti memancing, mandi manda, jungle trekking dan BBQ sering menjadi itinerari ringkas di sini. 

Air sungainya yang dingin dan trek meredah hutan yang sederhana lasak serta ruang bersantai yang cukup damai merupakan daya tarikan utama mengapa pengunjung lebih memilih untuk menghabiskan sisa-sisa hujung minggu menikmati keindahan alam semulajadi di sini. Tiada bayaran masuk dikenakan. 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!