Terengganu Akhirnya Haramkan Penjualan Telur Penyu
Share

Kerajaan negeri Terengganu akan mengharamkan sepenuhnya aktiviti penjualan telur penyu di negeri berkenaan menjelang akhir tahun ini.
Menurut laporan Kosmo!, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata bahawa Enakmen Penyu Terengganu 1951 (Pindaan 1987) akan dipinda pada masa terdekat.
“Kita sedar Terengganu satu-satunya negeri yang masih membenarkan penjualan telur penyu di negara ini,” katanya.