Terminal Feri Desaru Bakal Lonjakan Sektor Pelancongan Johor, Ini 4 Tarikan Menarik di Kota Tinggi Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Insider Pilihan Editor

Terminal Feri Desaru Bakal Lonjakan Sektor Pelancongan Johor, Ini 4 Tarikan Menarik di Kota Tinggi

Share
  • Kota Tinggi kaya dengan produk alam semula jadi yang menarik untuk dilawati; gunung, pantai, sungai & air terjun.
  • Desaru Fruit Farm kini diiktiraf sebagai Taman Pelancongan Agro Terbaik di Malaysia.
  • Bagi peminat sukan golf, terdapat dua padang bertaraf antarabangsa di Pantai Desaru & pertama di Asia – Golf Academy by Ernie Els.

Mood Cuti-Cuti Malaysia masih terlintas dalam fikiran warga kota termasuk penulis.

Hujung minggu yang lalu, rata-rata ramai tidak melepaskan peluang berjalan ke sana ke sini, merentas daerah, memburu makanan tempatan dan menghadiri majlis keramaian.

Tidak terlepas, our beloved ‘Abah’, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melakukan lawatan rasmi ke Johor selama dua hari.

Tan Sri Muhyiddin
Foto - Laman FB Rasmi Tan Sri Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin sempat mengunjungi Anantara Desaru Coast Resort and Villas dan Hotel Hard Rock Desaru untuk sesi taklimat.

Beliau turut meluangkan masa meninjau tapak pembinaan terminal feri baharu di Kota Tinggi.

Johor bakal mempunyai akses (pintu) masuk antarabangsa ke-16 setelah pembinaan Terminal Feri Desaru Coast yang dijangka siap Jun 2021.

Terminal feri ini akan dilengkapi Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) dan mampu melonjakkan sektor pelancongan negeri dengan kemasukan pelancong luar.

Tan Sri Muhyiddin
Foto - Laman FB Rasmi Tan Sri Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat tapak pembinaan terminal feri di Kota Tinggi

Kewujudan terminal feri bakal menghubungkan Johor dengan Singapura serta Indonesia.

Terminal Feri Desaru Coast dijangka mampu menerima 3,000 kedatangan pada tahun pertama operasi.

Ini merupakan sebahagian projek Desaru Destination Resort yang menelan kos pembinaan RM4.5 bilion.


Jika berkesempatan merentas ke Kota Tinggi, penulis ingin kongsikan empat lokasi best untuk anda lawati, bermalam, belajar dan adventure.


1) Air Terjun Kota Tinggi

Terletak di kaki Gunung Muntahak, Air Terjun Kota Tinggi sering menjadi pilihan percutian keluarga pada hujung minggu.

Hanya jarak 34 meter dari gunung, keindahan semula jadi di sini cukup menyegarkan serta memberi pengunjung rasa relaks.

Kanak-kanak nak mandi pun sesuai sebab ada kawasan air landai. Air Terjun Kota Tinggi telah dibuka kepada orang awam sejak tempoh PKP Pemulihan.

Macam biasa, pengunjung dinasihatkan agar mematuhi garis panduan (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.Waktu operasi dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

Air Terjun Kota Tinggi
Air Terjun Kota Tinggi
Air Terjun Kota Tinggi
Foto - FB Air Terjun Kota Tinggi

2) Muzium Kota Tinggi

Tidak menarik jika kita bercuti di satu-satu destinasi tanpa mengambil tahu kewujudan sejarahnya.

Ini lah masanya untuk anda memberi pendekatan dan sulami minat sejarah generasi ‘TikTok’ menerusi percutian berkonsep edutainment tour.

Destinasi seterusnya adalah Muzium Kota Tinggi yang tersimpan 1001 sejarah kegemilangan Kesultanan Johor Lama.

Lembah Sungai Johor dikatakan lahirnya Badang, manusia yang mempunyai kekuatan luar biasa. Anda boleh membaca maklumat sejarahnya di Muzium Kota Tinggi.

Muzium Kota Tinggi
Muzium Kota Tinggi/FOTO - Mohd Helmi

3) Desaru Fruit Farm

Percutian pilihan keluarga di Kota Tinggi lebih lengkap jika mengunjungi ‘syurga buah-buah tempatan’.

Anda boleh naik ATV ke ladang, petik tanaman dan makan pelbagai jenis buah sampai kenyang.

Selain itu, lapangan paintball, litar go kart, mini zoo juga merupakan tarikan lain yang ditawarkan di Desaru Fruit Farm.

Desaru Fruit Farm
Desaru Fruit Farm ATV rides/PHOTO - Jannahjj
Makan sepuas-puasnya buah di Desaru Fruit Farm

4) Pantai Desaru/Desaru Coast

Lokasi yang tidak asing lagi di Kota Tinggi iaitu Pantai Desaru.

Penulis berpendapat, destinasi ini membuat ‘come back’ yang cukup sempurna dengan tawaran produk serta tarikan pelancongan yang menepati citarasa pelancong milenial.

Desaru Coast kini dibangunkan sebagai penjenamaan baru iaitu international tourist hub, sesuai dengan pengalaman percutian yang menyeronokkan dan eksklusif – Don’t Join The Crowd.

Menariknya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat meninjau Desaru Coast Adventure Waterpark – Taman Tema Air Terbesar di Malaysia.

Tarikah riadah air ini mampu menampung sehingga 12,000 pengunjung pada satu masa.

Tarikan di Desaru Coast

  • International Golf Course & Academy
  • Hotel & Resort
  • Adventure Water park
  • Spa & Wellness Retreat
  • Terminal Ferry Desaru Coast (coming soon)
Ocean Course Desaru Coast, The Els Club Malaysia
Adventure Water park, Desaru Coast
Adventure Water park, Desaru Coast
Desaru Coast Riverside
Desaru Coast
Pantai Desaru/FOTO - Mohd Hilmi

Kebiruan air laut serta pulau di Johor turut menjadi buruan pelancong – itinerari 3 hari 2 malam di Pulau Tioman (baca di sini)

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!