Terpukau Keindahan Alam, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Teroka ‘Hidden Gem’ di Sarawak Bajet RM40 - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Insider Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Visit Malaysia 2020

Terpukau Keindahan Alam, Gadis Ini Kongsi Pengalaman Teroka ‘Hidden Gem’ di Sarawak Bajet RM40

Share
  • Banjaran Bengoh & Empangan Bengoh terletak di Padawan Sarawak.
  • Kota Padawan adalah sebuah daerah kecil di bandar Kuching.
  • Kebanyakan penduduk di Padawan adalah Bidayuh Kristian.

Sebut sahaja Sarawak, pelancong luar lebih sinonim dengan tarikan pelancongan serta destinasi ekopelancongan, taman negara dan kebudayaan.

Kali pertama menjejakkan kaki ke negeri Kenyalang ini kira-kira 3 tahun lalu, penulis sempat mengunjungi Kuching Waterfront, lepak malam di Musical Fountain dan menginap di The Waterfront Hotel.

Memang percutian yang tipikal sebab pergi atas jemputan membuat liputan media. Tak berpeluang mengenali lebih lanjut produk dan keunikan destinasi di Sarawak.

Sarawak
Empangan Bengoh - Foto/Aizaharwani MJ

Baru-baru ini tular di Backpackers Buddies Malaysia (BBM) perkongsian seorang pengguna Aizaharwani MJ yang menerokai beberapa lokasi ‘tersembunyi’ di Padawan, Sarawak.

Padawan merupakan kawasan sub-distrik Kota Kuching yang menawarkan pengalaman pengembaraan yang unik dan bersifat alam semula jadi.

Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ini telah berkongsi pengembaraannya ke Bengoh Range dan Bengoh Dam di Padawan Sarawak.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, empat jam diperlukan untuk hiking ke empat lokasi tersembunyi antaranya air terjun Curtain, Koring, Pe’an dan Susung serta Kampung Sting.

Untuk sampai ke setiap air terjun memerlukan kira-kira 45 minit perjalanan berjalan kaki.

Sarawak
Foto - Aizaharwani MJ
Padawan
Foto - Aizaharwani MJ
Padawan
Foto - Aizaharwani MJ
Bengoh Range
Foto - Aizaharwani MJ

Setelah tiba di puncak, anda akan terpesona dengan pemandangan dari Kampung Sting; menawarkan panorama 180 darjah Empangan Bengoh dan Banjaran Bengoh.

Selepas penat lelah mendaki, pemandangan hijau dan udara segar menjadikan diri lebih menghargai simfoni alam yang berbicara.

Antara tarikan yang boleh dilawati di Padawan adalah Semenggoh Orang Utan Centre, Annah Rais Longhouse dan Sadir Waterfall.

Bagi anda yang ingin teroka Banjaran Bengoh ini, anda disarankan untuk mendapatkan panduan dari local guide Wes (014-876 4466). Bayar sahaja RM40 setiap seorang termasuk bot dan pemandu pelancong tempatan.

Padawan
Puncak Kampung Sting
Sarawak More to Discover
Puncak Kampung Sting
Puncak Kampung Sting

Buat anda yang gemar percutian konsep ‘nature & hiking’ serta pengembaraan adventure macam dalam filem Jumanji, boleh datang ke Bengoh Range di Padawan Sarawak.

Anda boleh melawati sebuah perkampungan Bidayuh Islam di sini dimana turut menjadi tumpuan pelancong asing terutama dari Eropah. Terdapat 22 rumah penduduk tempatan dijadikan inap desa.

Keindahan alam semula jadi dan tarikan budaya jelas memperlihatkan keunikan yang ditawarkan negeri Kenyalang ini. Sarawak, More to Discover!

Boleh follow instagram Aizaharwani MJ untuk mengetahui lokasi menarik sekitar Sarawak.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!