Thailand Benarkan Pengunjung Jalani Kuarantin Di Atas Kapal Layar );

Type to search

Backpackerz Insider

Thailand Benarkan Pengunjung Jalani Kuarantin Di Atas Kapal Layar

Share
Thailand kapal layar

Thailand membenarkan pengunjung yang tiba di negara itu untuk menjalani kuarantin wajib 10 hari di laut berbanding di hotel yang ditetapkan sebelum ini.

Dalam usaha untuk merancakkan lagi sektor pelancongan yang terjejas, satu inisiatif telah dilakukan yang membenarkan pengunjung menjalani kurantin di atas kapal layar.

Perkara itu diumumkan awal bulan ini oleh Agensi Promosi Ekonomi Digital (DEPA), bekerjasama dengan perkhidmatan telekomunikasi Advanced Info Services (AIS) dan Thai Yachting Business Association.

Namun, syarat utama bagi perkara itu adalah pengunjung harus membawa kapal layar mereka sendiri.

Kerajaan berharap inisiatif itu akan membawa masuk pendapatan sebanyak 1.8 bilion Baht (RM234,957,634) dan dapat memberi rangsangan terhadap industri pelancongan.

Pengunjung yang berkunjung ke Thailand haruslah menunjukkan bukti ujian Covid-19 yang negatif.

Pengunjung yang memilih untuk kuarantin di atas kapal layar harus memakai gelang tangan pintar yang menghantar maklumat mengenai keadaan dalam radius 10km.

Peranti tersebut akan mengesan maklumat kesihatan mereka, seperti tekanan darah dan suhu badan, dan menyampaikan maklumat berkenaan semasa mereka berada di atas kapal layar. Peranti ini juga mempunyai GPS untuk mengesan lokasi pengunjung.

500 pelancong dijangka mengambil bahagian dalam program yang disasarkan buat pasaran pelancongan mewah ini.

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!