Thailand Bakal Mansuh Kuarantin Bagi Pelancong Sudah Divaksin, Mahu Buka Sempadan Tak Lama Lagi );

Type to search

Backpackerz Berita

Thailand Bakal Mansuh Kuarantin Bagi Pelancong Sudah Divaksin, Mahu Buka Sempadan Tak Lama Lagi

Share
mansuh

Thailand sedang mempertimbangkan rancangan untuk memansuhkan kurantin wajib bagi pelancong yang sudah divaksin, dalam satu kempen untuk menarik kembali pengunjung asing ke negara itu.

mansuh

Melalui kempen yang dipanggil ‘ Welcome Back To Thailand Again’ itu, kerajaan menyasarkan kedatangan pelancong seperti biasa pada suku tahun ketiga tahun ini.

Pelancong yang berhasrat untuk mengelak daripada kuarantin wajib 14 hari harus menunjukkan bukti penerimaan dua dos vaksin COVID-19.

Menurut Presiden Majlis Pelancongan Thailand, Chamnan Srisawat, pengendali pelancongan Thailand telah memulakan perbincangan dengan agensi di negara-negara yang berpotensi, seperti China, untuk memanggil semula pelancong.

Thailand adalah sebuah negara dimana ekonomi utama bergantung kepada sektor pelancongan namun kemasukan pengunjung telah merosot sebanyak 80% pada 2020 akibat pandemik yang melanda.

Dijangkakan lebih daripada 1 bilion orang di seluruh dunia akan menerima suntikan vaksin menjelang Jun tahun ini.

mansuh

Sumber: Travel Daily
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!