Thailand Tidak Buka Pintu Sempadan Untuk Pelancong Antarabangsa Sehingga 2021 Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Asia Pilihan Editor

Thailand Tidak Buka Pintu Sempadan Untuk Pelancong Antarabangsa Sehingga 2021

Share
  • Enam lapangan terbang antarabangsa Thailand dibuka semula pada 1 Julai bagi kemasukan domestik & antarabangsa.
  • Airport tersebut adalah Don Mueang, Phuket, Chiang Mai, Hat Yai, Chiang Rai & Suvarnabhumi.
  • Thailand mempertimbangkan untuk membenarkan pelancongan perubatan hanya pada negara berisiko rendah.

Pada 25 Jun 2020, Kerajaan Thailand memutuskan rancangan serta garis panduan bagi warga asing yang ingin memasuki negara gajah putih ini.

Draf tersebut dikemukakan Pusat Pentadbiran Keadaan COVID-19 (CSSA) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Jen Prayuth Chan o-cha untuk persetujuan pada 28 Jun lalu.

Keputusan tersebut diambil selepas tiada jangkitan tempatan dilaporkan tempoh 16 hari, sekitar bulan Jun.

Sebelum anda berteriak sakan, jangan salah faham ye. Kelonggaran sekatan perjalanan bagi pelancong luar masuk ke Thailand terbahagi kepada tiga fasa.

Chiang Mai

  • Fasa pertama – Pelancong perniagaan, diplomat, pegawai PBB, pelabur luar negara, pekerja mahir, orang (bekeluarga) Thailand, Guru.
  • Fasa kedua – Pelancongan perubatan.
  • Fasa ketiga – Melibatkan pelancong, pekerja imigran, kru filem, kakitangan pameran & pemegang Visa Thailand Elite.

Sumber - Traveloffpath.com

Perlu Tanggung Kos Kuarantin

Terdapat syarat yang ditetapkan untuk kategori di atas. Setiap pelawat akan menjalani tempoh kuarantin 14 hari, dan kos akan ditanggung sendiri atau syarikat.

Selain itu, individu dari negara berisiko rendah sahaja yang dibenarkan.

Memetik laporan The Thaiger, Thailand tidak mungkin membuka semula sempadannya kepada pelancong antarabangsa sehingga hujung tahun atau awal 2021.

Ramalan tersebut daripada sumber sahih, seorang wakil gabenor Tourist Authority of Thailand (Lembaga Pelancongan Thailand), Chattan Kunjara Na Ayudhya semasa webinar.

Wakil gabenor pemasaran pelancongan antarabangsa itu menyatakan bahawa tidak ada perbincangan mengenai garis masa yang dikeluarkan untuk membuka kembali Thailand – inbound atau outbound.

Bangkok
Night market di Bangkok
Floating market

Takut Gelombang Kedua

Tambahnya lagi, Kerajaan Thailand “sangat berhati-hati” untuk membuka semula sempadan negara berikutan situasi ‘gelombang kedua’ COVID-19.

Chattan menjangkakan negara Gajah Putih ini tidak bersedia menyambut kedatangan pelancong antarabangsa sehingga tahun 2021.

Sektor pelancongan Thailand pernah merekodkan 4 juta pekerja sebelum pandemik COVID-19. Bagaimanapun, impak wabak sejak 6 bulan lalu mengakibatkan kadar pengangguran bakal melebihi 2.5 juta.

Pasar terapung pertama di Malaysia

Namun, penilaian akan dibuat dari semasa ke semasa sebelum pintu sempadan Thailand dibuka lebih luas.

Penulis faham, ramai pelancong tempatan memilih Thailand sebagai destinasi percutian kos sederhana. Cuma, ini masanya kita rancakkan semula segmen percutian domestik.

Jika anda sudah merindui makanan jalanan atau floating market yang wujud di negara jiran ini, penulis mencadangkan anda berkunjung ke Pasar Terapung Pulau Suri, Tumpat – baca di sini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!