Menteri: Thailand Tutup Sempadan Kepada Pelancong Sehingga Mac 2021 Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita

Menteri: Thailand Tutup Sempadan Kepada Pelancong Sehingga Mac 2021

Share

Kerajaan Thailand tidak akan membuka semula sempadannya untuk aktiviti pelancongan sekurang-kurangnya sehingga Mac tahun hadapan, menurut Menteri Sukan dan Pelancongannya, Pipat Ratchakitprakan.

Ini bermakna, selain daripada Visa STV dan Visa TR, visa pelancongan lain seperti e-Visa dan Visa-on-arrival akan ditangguhkan buat masa ini.

Buat masa ini, Thailand masih membenarkan pelancong yang tiba menggunakan Visa TR dan STV.

Persatuan Hotel Thai dan Persatuan Ejen Pelancongan Thailand sebelum ini telah mendesak kerajaan supaya melonggarkan syarat kemasukan ke negara itu dengan tidak mewajibkan kuarantin 14 hari dan berunding dengan negara-negara yang ‘kurang risiko’ seperti Singapura, Vietnam, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan Taiwan untuk mewujudkan gelembung perjalanan atau ‘travel bubble’.

Walaubagaimanapun, Pipat berkata semuanya masih ditangguhkan buat masa ini dan Perdana Menteri Thailand juga menyuarakan kebimbangan terhadap kelonggaran pelancongan.

“Negara ini akan terus dibuka untuk ahli perniagaan, pakar teknikal, pekerja pangkat tinggi dan mereka yang berada dalam bidang perubatan untuk saat ini. Kuarantin 14 hari akan berterusan buat masa ini dengan masih banyak negara berdepan dengan wabak COVID-19 ini. “

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!