The Maxwell Bus, 'Staycation' Istimewa Buat Pencinta Alam di Bukit Larut, Taiping - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Insider Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

The Maxwell Bus, ‘Staycation’ Istimewa Buat Pencinta Alam di Bukit Larut, Taiping

Share
  • Bukit Larut merupakan satu kawasan lembap di Malaysia yang menerima taburan hujan yang tertinggi setiap tahun.
  • Staycation in The Maxwell Bus terletak di ATV Adventure Park Larut, Taiping.
  • The Maxwell Bus bukan penginapan mewah atau berkonsep resort.

Bukit Larut atau nama asalnya Maxwell Hill adalah antar bukit peranginan yang tertua di Malaysia; mengetengahkan kedamaian alam semula jadi seolah mengalukan kedatangan nature lovers.

Bukit Larut menjadi hentian untuk pendaki menikmati keindahan dari puncak dengan ketinggian 1250 dari paras laut dengan udara bukit yang menyegarkan.

Bukit peranginan ini menjadi lokasi tumpuan pemerhati burung, peminat hiking dan sukan lasak ATV. 

Cuti Cuti Malaysia
Bukit Larut, Taiping #CutiCutiMalaysia
ATV - Adventure Park Larut
Mandi sungai

Disebalik bukit peranginan yang terkenal ini, ada satu port untuk korang bermalam dalam khemah atau di dalam bas sambil dikelilingi alam.

Cuma, korang disarankan untuk membawa penghalau serangga atau mosquito repellent bagi yang tak biasa tidur dalam hutan.

Terletak di ATV Park Larut, The Maxwell Bus menawarkan pengalaman menginap di dalam bas sebenar bersebelahan campsite.

Memang pengalaman ‘staycation‘ yang lain daripada biasa. Camping and glamping too mainstream. #TaipingUnlocked

Staycation in The Maxwell Bus
Originality & authentic
Sunset view

Staycation in The Maxwell Bus dilengkapi dengan kemudahan asas seperti kipas angin, lampu, soket, private entrance, kitchen, dan breakfast.

Bilik mandi dipisahkan dan berkongsi dengan tetamu lain. Kalau nak lepak chill minum petang atau supper, Gazebo disediakan.

Orang kata dah penat main ATV redah laluan hutan di Adventure Park, terokai keunikan bandar Taiping dengan bermalam di The Maxwell Bus.

Sekali lagi diingatkan, ini bukan penginapan di resort mewah atau percutian eksklusif. This is back to nature retreat guys!

Beautiful view with light surrounding at night
Chill with the nature #TenangIsGood

Jadi, sebuah bas lama diubahsuai menjadi penginapan. Tengok luar memang nampak lusuh ‘vintage’ tapi hiasan dalamannya cukup selesa untuk dua orang.

Rasai persekitaran hijau dengan bunyi kicipan burung dan suhu alam yang dingin, The Maxwell Bus merupakan short getaway yang unik daripada kebiasaan.

The Maxwell Bus hosted by Helmy

Siapa yang pernah menginap di sini, anda boleh praktis ayat ni, See my level, see my level. 

Mana yang rancang bercuti ke Perak dalam masa terdekat ni, korang boleh singgah ke Taiping dan staycation in The Maxwell Bus

Harga bermula dari RM149 untuk satu malam dan korang boleh booking di sini.

Lovely view and cozy night inside
A queen size mattress for the comfort & sweet dreams

P/s: Kalau pihak ATV Adventure Park Larut atau super host The Maxwell Bus ada terbaca artikel ni, boleh lah bawa team BackPackerz ke sini (cuba nasib je).

Selain Taiping, korang boleh layan water rafting dan tidur dalam glamping di Gopeng, Perak. (baca sini)

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!