Tiada Lagi Pelancongan Ganja Di Amsterdam? Datuk Bandar Mahu 'Legalize Weed' Hanya Untuk Penduduk Tempatan - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider

Tiada Lagi Pelancongan Ganja Di Amsterdam? Datuk Bandar Mahu ‘Legalize Weed’ Hanya Untuk Penduduk Tempatan

Avatar
Share
Pelancongan Ganja Amsterdam

Ibu negara Netherlands, Amsterdam memang terkenal dengan seni binaan bangunan bersejarah dan warisan sejarahnya, selain menempatkan muzium pelukis tersohor, Van Gogh.

Namun bagi pelancong muda atau golongan millenials, kota Amsterdam lebih dikenali sebagai syurga ganja kerana ia sangat mudah didapati di setiap pelosok kota berkenaan, bahkan dijual secara terbuka di kebanyakan ‘kafe’ di sana.

Kebebasan itu bagaimanapun mungkin akan tiba ke pengakhiran apabila Datuk Bandar Amsterdam, Femke Halsema berhasrat mahu mematikan budaya ‘pelancongan ganja’ itu.

Dalam satu surat kepada majlis perbandarannya, beliau menyatakan rancangannya untuk membenarkan penjualan ganja hanya kepada warga tempatan selepas bandar itu dibuka semula selepas pandemik berakhir.

Sebelum pandemik COVID-19, Amsterdam menjadi tarikan lebih satu juta pelancong setiap bulan – lebih tinggi daripada populasinya – dan kebanyakannya hadir ke Amsterdam dengan satu tujuan iaitu merasai sendiri pengalaman ‘high‘ secara bebas di kafe-kafe di Amsterdam yang kebanyakannya memang menjual ganja.

“Kami telah melihat banyak anak muda yang hanya datang ke Amsterdam untuk pergi ke kafe,” jelas Halsema dalam surat tersebut, dan menambah bahawa perkara ini “menimbulkan rasa kurang senang kepada penduduk” tempatan.

Datuk Bandar Amsterdam, Femke Halsema mahu kota itu dikenali dengan budaya dan seni warisannya.

Ini bukanlah kali pertama rancangan seperti itu diutarakan. Februari tahun lalu, rancangan yang sama pernah dibawa ke hadapan bagi mengelakkan masalah overcrowding di kota Amsterdam.

Menurut Halsema, ‘cannabis trade’ telah menjadi “begitu besar dan terlalu hangat” sehinggakan Amsterdam kini lebih dikenali sebagai pusat ganja.

Beliau mahu mengembalikan reputasi Amsterdam sebagai salah satu kota tercantik di dunia dengan tarikan-tarikan lain seperti kebudayaan dan warisannya.

Selepas pandemik ini berakhir, beliau mahu pelancong melawat Amsterdam bukan kerana ganja tetapi kerana “kekayaannya, keindahannya dan institusi kebudayaannya,” seperti Rumah Anne Frank, Muzium Van Gogh, Rijksmuseum, dan banyak lagi, katanya kepada stesen TV Belanda NOS.

Muzium Van Gogh di Amsterdam

Beberapa kajian telah dilakukan yang menunjukkan pelancongan di Amsterdam akan terjejas jika perkara itu dikuatkuasakan.

Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh kerajaan tempatan, sebanyak 57% pelancong mengakui kunjungan ke kafe , atau pelancongan ganja, adalah “sangat penting” dalam lawatan mereka di Amsterdam.

Walaupun begitu, Halsema tetap dengan pendiriannya untuk merubah lanskap pelancongan Amsterdam ke arah yang baru.

Sumber: Forbes
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!