Tidur Dalam Caravan & Mandi Sungai, Resort di Gopeng Tawar Pengalaman 'Nature Retreat' Unik - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Adventure Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Stay In

Tidur Dalam Caravan & Mandi Sungai, Resort di Gopeng Tawar Pengalaman ‘Nature Retreat’ Unik

Avatar
Share
  • Terdapat tiga jenis penginapan yang ditawarkan – The Cabin, Wooden Chalet & Caravan.
  • Maksimum kapasiti resort boleh menampung 90-100 orang dalam satu masa.
  • Pengunjung boleh memilih aktiviti outdoor & aktiviti in-house yang disediakan di sini.
  • Sumber foto – Natasya Riverside Resort Gopeng, Alex Yap & Rafting Thehappyrafter 

Back to nature, slow paced of living and you will appreciate life more!

Itulah ungkapan versi ‘omputih’ yang sesuai untuk menggambarkan tema percutian di Gopeng, Perak.

Terletak di Kampung Jahang, Natasya Riverside Resort Gopeng atau singkatannya NRRG mengetengahkan konsep rekreasi yang dekat dengan alam semula jadi.

Natasya Riverside Resort Gopeng
Natasya Riverside Resort Gopeng
Natasya Riverside Resort Gopeng
Chill & tenang is good

Menariknya, kompleks resort ini menggabungkan elemen penginapan 3 dalam 1 di Gopeng.

Pengunjung boleh pilih nak menginap di kabin, chalet atau caravan berjenama Coachman – tarikan penginapan di NRRG.

2 Jam Dari Kuala Lumpur

Hanya dua jam perjalanan dari Kuala Lumpur, kepenatan memandu untuk ke sini pasti terbayar setelah melihat konsep percutian yang unik lagi mendamaikan.

Jika kebanyakan destinasi mainstream kini sesak dan menjadi tumpuan umum, resort ini adalah pintu masuk yang sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan dari hiruk pikuk bandar.

Natasya Riverside Resort Gopeng dikelilingi hutan tropika, sungai yang bersih di bahagian belakang resort dan persekitaran kebun.

Natasya Riverside Resort Gopeng
The Cabin
Gopeng
Sungai bersih di kawasan belakang resort

Lokasi ini adalah satu-satunya chalet yang terletak di tengah-tengah kampung tradisional yang ditemani flora dan fauna liar.

Selain percutian keluarga, kemampuan resort ini adalah menganjurkan acara dari lawatan insentif syarikat ke konvesyen mahupun seminar.

The Cabin

Dilengkapi dengan tiga katil single yang selesa, jenis bilik kabin boleh memuatkan hingga 3-4 orang dewasa. Pendek kata, memang luas, selesa dan puas hati.

Semua bilik kabin mempunyai bilik mandi peribadi dilengkapi pancuran mandian, TV LCD, penyaman udara, meja sisi dan kemudahan lain.

Sesuai dengan tagline yang digunakan, The Cabin is tiny but comfortable home designed!

Gopeng
Aktiviti white water rafting
Gopeng
Santai & sesuai untuk berkelah bersama keluarga mahupun geng kembara

Wooden Chalet

Penginapan yang tepat untuk merehatkan minda setelah 24/7 sibuk menguruskan rutin harian bekerja ataupun menguruskan perihal rumah tangga.

Mampu memuatkan dua orang dewasa dan tiga kanak-kanak, wooden chalet dilengkapi queen bed dan bunk bed.

Caravan Coachman

Berita menarik untuk peminat nature retreat dengan konsep unik. Resort ini telah membuka semula penginapan caravan sebanyak dua unit.

Caravan ini dilengkapi satu bunk bed dan satu double decker. Kemudahan lain yang disediakan adalah dapur memasak, TV, peti ais, penghawa dingin, ruang pengudaraan (tingkap) dan sebagainya.

Gopeng
Makcik Kiah berehat di caravan
Gopeng
Penginapan terkini di Natasya Riverside Resort
Gopeng
Reka bentuk & ruang dalaman caravan

Untuk mendapatkan pengalaman percutian serta pendedahan lebih unik, NRRG juga boleh mengatur perjalanan ke perkampungan orang asli dan penempatan setempat.

Ayuh, pujuk diri untuk kembali semula ke alam semula jadi selepas puas menjalani rutin harian dalam persekitaran ‘hutan konkrit’.

Gopeng
Nak bersenam pun boleh
Gopeng
Menginap di dalam caravan dengan fasiliti lengkap

Kemudahan/Aktiviti Percuma

  • Badminton
  • Fitness Gym
  • Playground & trampoline
  • Mandi sungai (dibelakang resort)

Aktiviti Outdoor (pilihan & minimum 5 orang ke atas)

  • ATV ride
  • Paintball
  • River tubing
  • Jungle night walk
  • Whitewater rafting
  • Waterfall abseiling
  • Fun trip rafting (kids)
  • Sunset hiking Batu Putih
  • Cave exploration Gua Tempurung & Gua Kandu

Aktiviti in-house (minimum 20 orang ke atas)

  • Archery
  • Telematch
  • Treasure hunt
  • Bicycle kampung ride

Selain tarikan caravan, pengunjung boleh layan water rafting & tidur dalam glamping di Gopeng – baca di sini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!