Tiket Muzium Ais Krim Di Singapura 'Sold Out' Dalam 48 Jam Walaupun Akan Dibuka Ogos Ini

Type to search

Backpackerz Insider

Tiket Muzium Ais Krim Di Singapura ‘Sold Out’ Dalam 48 Jam Walaupun Akan Dibuka Ogos Ini

Share
muzium museum of ice cream

Perhatian penggemar ais krim! Sebuah muzium bertemakan ais krim, ‘Museum Of Ice Cream’ akan dibuka di Dempsey, Singapura pada Ogos ini.

Walaupun hanya akan dibuka nanti, tiket bagi slot hujung minggu pembukaannya sudah habis terjual dalam masa 48 jam. Slot lain pada bulan Ogos juga rata-rata sudah habis terjual.

Muzium yang berukuran 60,000 kaki persegi dengan 14 buah pameran itu didedikasikan untuk “sambutan dan pengalaman menikmati ais krim”.

Antara pameran menarik dan unik yang terdapat di muzium itu termasuk Taman Permainan Naga, hutan berwarna merah jambu dan kuning dengan 10,000 pisang, dan kolam ‘sprinkle’ yang besar. Pengunjung juga akan menikmati lima hidangan ais krim yang unik.

Atas sambutan yang amat memberangsangkan, pihak muzium menambah lebih banyak sesi untuk bulan September.

Tiket masuk bagi ke muzium berkenaan bermula daripada S$38 (RM117) dan setiap sesi berlangsung selama 60 sehingga 90 minit. Tiket boleh didapati melalui laman web.

Pameran Museum Of Ice Cream berasal daripada New York dan Singapura menjadi destinasi luar Amerika Syarikat pertama yang dikunjungi.

Ini adalah apa yang pengunjung boleh jangkakan:

 

Foto: Museum Of Ice Cream


Foto: Museum Of Ice Cream


Foto: Museum Of Ice Cream


Foto: Museum Of Ice Cream

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!