Tiket Penerbangan Mahal Masa COVID-19? Ini 4 Faktor yang Perlu Anda Tahu - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Airlines Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor

Tiket Penerbangan Mahal Masa COVID-19? Ini 4 Faktor yang Perlu Anda Tahu

Share
  • Malaysia memutuskan untuk tidak lagi melaksanakan ‘social distancing‘ dalam pesawat.
  • Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai campur tangan dalam penjualan tiket penerbangan.
  • Semua pengangkutan awam, bas ekspres, pesawat, perkhidmatan e-hailing, teksi & kenderaan persendirian dibenarkan beroperasi pada kapasiti penuh.

Malaysia antara negara yang melaksanakan jarakan sosial dalam penerbangan manakala ada negara yang melakukannya secara bersyarat dengan jarak tidak sampai satu meter.

Sudah tentu kenaikan harga tiket bagi syarikat penerbangan tempatan mahupun syarikat tambang murah ketika ini jelas atas sebab tertentu.

Lebih-lebih ia melibatkan soal keselamatan serta isu pandemik COVID-19 yang masih hangat dan vaksin masih belum ditemui.

Kebanyakan lapangan terbang sunyi tanpa orang ramai

Disebabkan itu, kapasiti penumpang tidak dapat dipenuhi 100 peratus, jarakan sosial dalam pesawat, operator syarikat penerbangan terpaksa mengehadkan jumlah penumpang dan perlu menambah frekuensi penerbangan.

Berkemungkinan empat faktor itu telah mempengaruhi kos-kos syarikat penerbangan tempatan sehingga harga tiket dilaporkan naik mendadak.

Terkini, Malaysia memutuskan untuk tidak lagi melaksanakan jarakan sosial dalam pesawat setelah perbincangan berkali-kali dengan pihak berkaitan.

Sebelum ini, cadangan jarakan sosial dalam pesawat mendapat perhatian ramai pihak. (Baca sini)

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, perkara itu diambil kira mengikut standard antarabangsa dan garis panduan terkini dari Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). 

Meskipun IATA tidak mewajibkan social distancing namun badan induk ini telah menggariskan tatacara yang perlu dipatuhi.

Foto - Bernama

Antara standard operation procedure (SOP) adalah saringan kesihatan, pemakaian pelitup separuh muka, proses disinfeksi (nyahkuman) sebelum dan selepas penerbangan.

Kementerian pengangkutan berharap syarikat penerbangan tempatan dapat mengurangkan harga tiket setelah pembatalan arahan penjarakan sosial dalam pesawat.

Penulis yakin isu harga tiket ini akan diselesaikan secara baik bagi manfaat semua pihak; syarikat penerbangan, penggiat pelancongan dan rakyat Malaysia yang kini sudah tidak sabar lagi untuk menyokong kempen Cuti-Cuti Malaysia.

Secara tidak langsung, hikmah disebalik kemelut mengenai isu tiket ini pasti membantu merangsang semula pertumbuhan ekonomi domestik khususnya sektor pelancongan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!