Tiket 'Penerbangan Tanpa Destinasi' Selama 7 Jam Dijual Buat Kaki Melancong - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Airlines Berita Pilihan Backpackerz

Tiket ‘Penerbangan Tanpa Destinasi’ Selama 7 Jam Dijual Buat Kaki Melancong

Avatar
Share
  • “Flight to Nowhere”, pakej flyover selama tujuh jam di Australia sebagai tindak balas terhadap sekatan perjalanan akibat pandemik.
  • Menggunakan Boeing 787 Dreamliner, sebuah pesawat yang terkenal dengan pemandangan tingkapnya yang luas.
  • Pesawat tersebut biasa digunakan untuk perjalanan antarabangsa jarak jauh.

“People clearly miss travel and the experience of flying” – Qantas Airways CEO, Alan Joyce.

Buat mereka yang rindu untuk melancong semula dengan menaiki pesawat, Qantas Airways telah melancarkan pakej Flight to Nowhere baru-baru ini.

Menawarkan pengalaman pemandangan yang unik dan indah, penerbangan tanpa destinasi ini akan membawa penumpang ‘mengembara’ di udara semata-mata.

Australia’s Qantas Airways Limited

Penerbangan selama tujuh jam meliputi beberapa kawasan di Australia antaranya Queensland, Gold Coast, New South Wales, Sydney Harbor, Great Barrier Reef dan pendalaman.

Meskipun tawaran pakej ini bermula serendah USD 787 (RM3,256) sehingga AUD 3787 (RM15,667), sebanyak 134 tiket habis terjual dalam masa 10 minit sahaja. Wow!

Lebih menarik, penumpang bakal dihiburkan menerusi onboard entertainment dan menerima layanan istimewa serta kejutan dari selebriti sebagai pengacara jemputan.

Qantas
Qantas First Class lounge in Sydney

“Habis terjual dalam masa 10 minit. Ini mungkin penerbangan paling laris dalam sejarah Qantas,” kata CEO Qantas, Alan Joyce, dalam satu kenyataan. 


Qantas
Qantas 787-9 Dreamliner Economy Class

Tanpa disangka-sangka, memang ramai yang rindu melancong menaiki penerbangan.

Biarlah tidak mendarat di lapangan terbang antarabangsa sesebuah negara, asalkan dapat naik pesawat, menerima layanan krew kabin dan dihiburkan.

Qantas Airways mengambil positif pemintaan orang ramai selepas mendapat sambutan yang cukup baik.

Syarikat penerbangan Australia ini bersedia sekiranya permintaan meningkat sementara kita semua masih menunggu pintu sempadan dibuka semula.

Qantas
Flying is the only way tourists can get to see Uluru at the moment/Photo - Neda Vanovac

Memetik laporan Straits Times, Singapore Airlines sedang meneliti perancangan untuk menawarkan penerbangan indah tanpa destinasi ini bermula bulan depan.

Idea itu mendapat kritikan secara meluas dari kalangan pakar alam sekitar dan netizens.

Fly to Nowhere oleh Qantas Airways dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Domestik Sydney mulai 10 Oktober ini. 

Sekiranya anda terlepas, Langkawi kekal sebagai zon hijau dan ini tiga lokasi menarik – baca di sini

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!