"Tinggalan Sejarah Imbau Kenangan", 5 Muzium Bersejarah Kebanggaan Rakyat Selangor Boleh Anda Lawati - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider Pilihan Editor

“Tinggalan Sejarah Imbau Kenangan”, 5 Muzium Bersejarah Kebanggaan Rakyat Selangor Boleh Anda Lawati

Avatar
Share

Lawatan bersejarah dalam negara tidak pernah mengecewakan dalam menawarkan kenangan bermakna serta maklumat yang signifikan.

Kekalkan semangat patriotisme dalam diri anda dengan kunjungan ke tempat bersejarah di Malaysia.


Tanah Air Tercinta baru sahaja meraikan Hari Kemerdekaan ke-63 dengan penuh penghayatan meskipun disambut dengan norma baharu.

Historical attractions antara elemen penting yang diburu oleh pengembara dari luar negara jika berpeluang bercuti di Malaysia.

Tempat bersejarah seperti muzium yang menyimpan artifak dan pameran berharga mempunyai 1001 kisah untuk pengunjung pelajari.

Malaysia menawarkan banyak muzium bersejarah boleh dilawati bagi memperingati jasa wira-wira yang memperjuangkan Tanah Melayu daripada jajahan kuasa luar.

Iconic attractions in Malacca, The Stadthuys

Esuk lusa kita bakal menyambut Hari Malaysia 2020 dengan tema Malaysia Prihatin. BackPackerz senaraikan 5 Muzium Terbaik di Selangor untuk anda lawati. Jom Pusing Selangor Dulu!

1) Muzium Insitu Jugra, Kuala Langat

  • Berfungsi sebagai muzium dengan 3 ruang pameran
  • Tidak dikenakan bayaran masuk
  • Dibuka setiap hari kecuali Ahad

Muzium Insitu Jugra merupakan bangunan runtuhan lama yang menjadi Balai Polis Daerah pada tahun 1878.

Ia dibina oleh Kapten Harry Charles Syers dan kemudian dijadikan tempat pusat pemerintahan dan pentadbiran Kesultanan Melayu Selangor.

Lokasi ini berdekatan dengan Bukit Jugra yang sudah dikomersilkan sebagai pusat rekreasi.

Pusing Selangor Dulu
Perigi lama di Muzium Insitu Jugra/Foto - Roslin Mat Tahi
Pusing Selangor Dulu
Muzium Insitu Jugra

2) Muzium Kuala Selangor, Kuala Selangor

  • Terletak berhampiran Altingsburd Lighthouse (dibuka kepada pengunjung).
  • Selangor pernah berlaku pertempuran tempatan iaitu Perang Saudara.
  • Dibuka pada setiap hari bermula 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

Muzium Kuala Selangor ini menempatkan peninggalan sejarah Selangor yang seperti batu nisan, senjata, tombak, meriam dan lain lain.

Barangan tersebut digunakan pada masa peperangan dari awal Kesultanan Selangor oleh Sultan Salehuddin (Raja Lumu) pada tahun 1766.

Perang Saudara melibatkan Sultan Abdul Samad, Raja Mahmud, Raja Abdullah dari Kuala Lumpur, Raja Sulaiman (penguasa Klang), Tengku Kudin, dan Raja Mahadi.

Pusing Selangor Dulu
Bukit Malawati
Pusing Selangor Dulu
Meriam 3 sederet menghala ke Selat Melaka dipercayai melambangkan 3 Sultan Selangor yang pernah memerintah
Pusing Selangor Dulu
Muzium Kuala Selangor

3) Pusat Warisan Kajang, Kajang

  • Hulu Langat merupakan daerah pertama untuk perlombongan biji timah.
  • Pendatang Mandailing dari Sumatera adalah pelopor terawal membuka kawasan hutan sekitar Kajang.
  • Pengunjung boleh melawat ke Pusat Warisan Kajang ini pada hari minggu sahaja.

Penubuhan Bandar Kajang adalah hasil daripada perlombongan bijih timah dan penanaman getah. Sultan Abdul Samad menawarkan untuk membuka lombong bijih timah di Bukit Arang kepada Towkay Chin Ah Chan pada tahun 1868.

Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai koleksi yang berkaitan dengan Bandar Kajang dan Daerah Hulu Langat.

Pusing Selangor Dulu
Pusat Warisan Kajang
Pusing Selangor Dulu
Dulang untuk mencuci timah/Foto - Kajang Heritage Centre

4) Muzium Sultan Alam Shah, Petaling

  • Reka bentuk bangunan ini inspirasi daripada seni bina Minangkabau.
  • Dinamakan sempena nama Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Selangor yang ke-7.
  • Pengunjung boleh mengetahui sejarah Selangor dari zaman kerajaan Portugis, Bugis, Belanda, Melaka & Kesultanan Johor sehingga Hari Kemerdekaan.

Muzium ini merupakan lambang utama warisan budaya dan pembangunan di Negeri Selangor.

Muzium ini ditubuhkan pada tahun 1974 dan memaparkan artifak prasejarah penempatan manusia awal dan serpihan gendang dari zaman Gangsa (Dong Son) sejak tahun 600 SM.

Kini, muzium ini boleh dilawati secara percuma dan dibuka pada hari Selasa hingga Ahad sahaja bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang.

Pusing Selangor Dulu
Muzium Sultan Alam Shah

5) Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz, Klang

  • Berdekatan dengan Stesen KTM Klang.
  • Mula dibina pada tahun 1909 sebagai Bangunan Sultan Sulaiman.
  • Pernah dijadikan markas tentera Jepun semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

Selamat datang ke Klang Bandar DiRaja! Bandar ini menempatkan sebuah galeri sebagai sebuah peringatan kepada Almarhum Sultan Selangor Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Kerajaan Inggeris menggunakan bangunan tersebut sebagai pejabat tanah dan pentadbiran semasa Tanah Melayu British. Reka bentuk bangunan kolonial ini cukup menarik perhatian.

Mula dibuka sebagai Muzium Peringatan pada tahun 1988 dan dirasmikan pada 19 Oktober 2007 oleh Sultan Sharafuddin.

Galeri ini dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dan dibuka pada pukul 10 pagi hingga 5.00. Masuk adalah percuma.

Pusing Selangor Dulu
Bangunan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz Shah berusia 110 tahun
Pusing Selangor Dulu
Menempatkan maklumat salasilah keturunan & koleksi peribadi milik keluarga diraja Selangor

Terapkan dalam jiwa sebagai rakyat Malaysia dengan kebanggaan serta nilai-nilai murni agar sejarah tidak ditelan dek zaman.

Sentiasa beringat untuk menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka serta mematuhi SOP ditetapkan! Ayuh Pusing Selangor Dulu! 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!