Tips Travel: 8 Cara Elak Keracunan Makanan Semasa 'Food Hunting' di Thailand - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Asia Isu Pilihan Backpackerz Pilihan Editor Tips

Tips Travel: 8 Cara Elak Keracunan Makanan Semasa ‘Food Hunting’ di Thailand

Share
  • Keracunan makanan di Thailand adalah ‘perkara biasa’ bagi pelancong luar khususnya pengembara beg galas.
  • Minum air tercemar atau makan daging rosak bukan satu-satunya punca seseorang itu keracunan makanan/sakit perut.
  • Banyak negara membangun mempunyai standard kebersihan yang tidak setanding dengan Eropah dan Amerika Utara.

Thailand dikenali dengan keunikkan sajian makanan serta tawaran makanan sisi jalan (street food) yang cukup menyelerakan.

Tidak dapat dinafikan, Thai street snacks antara menu yang menjadi buruan pelancong serta penggemar food hunting. Penulis sendiri suka makan ‘cucuk-cucuk’ sotong bakar dan sotong goreng tepung. Kuah yang pedas membuatkan kelazatannya sehingga menjilat jari.

Street market di Bangkok
Sotong panggang cucuk-cucuk

Siapa yang nak melancong dalam keadaan perut tidak selesa, cirit-birit, perut memulas tanpa belas kasihan atau kerap muntah sampai lembik badan?

Paling terkesan, tempoh keracunan makanan yang tiada ‘expired’ jika rawatan susulan tidak dilakukan. Momen anda dihimpit masalah keracunan makanan lebih menyerlah berbanding kenangan sepanjang tempoh pengembaraan.

Jika berlaku, ia akan merosakkan rancangan percutian anda selama beberapa hari. Jadi, siapa yang rugi?

Muntah-muntah tanda keracunan makanan

Oleh itu, keracunan makanan adalah risiko perlu ditanggung oleh setiap pengunjung mahupun pelancong apabila mengembara ke destinasi baru, selain mencuba hidangan tempatan yang ditawarkan secara terbuka di kaki lima atau sisi jalan.

Langkah mudah untuk elak daripada masalah keracunan makanan semasa bercuti atau lebih sinonim ‘Traveler’s Diarrhea‘ adalah tidak mendekatkan diri dengan segala punca-punca food poisoning

Berikut adalah beberapa tips penting mencegah keracunan makanan di Thailand, atau di mana sahaja anda akan bercuti serta cara meminimumkan risiko tersebut.

Traveler's Diarrhea

1) Bukan Semua Sayuran Mentah Bagus

Betul, makanan berasaskan sayur-sayuran memang banyak khasiat untuk kesihatan. Tetapi dalam konteks mengembara pula, kebersihan makanan mengatasi segalanya.

Sekiranya anda benar-benar yakin peniaga telah membersihkan sayuran dengan sebaiknya, itu adalah pilihan dan keyakinan anda.

Lebih baik makan sayuran yang direbus kemudian dimasak. Bagaimana dengan salad yang dijual di vendor tepi jalanan? Sudah tentu tidak!

2) Lebih Panas Lebih Bagus

Menu street food sering kelihatan enak dan bau yang ‘menggiurkan’. Pada sesetengah pelancong, makanan dijaja tepi jalan cukup selamat untuk dimakan kerana melihat struktur serta tekstur makanan yang sempurna.

Tetapi, pernah terbayang berapa lama makanan tersebut terdedah bawah matahari dan dibiarkan terlalu lama dengan keadaan sekeliling.

Jadi lebih baik anda pantau dahulu kemudian buat pesanan baru atau minta daging yang sedang dipanggang secara langsung depan mata anda.

3) Sumber Air Ais

Isu kebersihan ais dimana-mana pun berlaku. Semua orang khuatir adakah ais tersebut dibancuh menggunakan air masak atau sebalik.

Lebih elok pesan air mineral sejuk atau air tin bagi mengelakkan air yang tak dimasak atau sebaiknya anda pesan minuman panas.

4) Jangan Malas Basuh Tangan

Cuci tangan dengan sabun secara kerap sebelum makan dan gunakan hand sanitize selepas melakukan sebarang aktiviti untuk mengurangkan jangkitan/kotoran melekat di tangan.

5) Air Minuman & Kurangkan Penggunaan Botol Plastik

Cara paling mudah untuk dapatkan air minuman bersih semasa bercuti adalah beli air mineral dalam botol plastik.

Air minuman/mineral agak murah di Thailand dan anda boleh jumpa banyak kedai serbaneka seperti 7-eleven dan Family Mart untuk cari bekalan air minum yang bersih.

Cuma, kekerapan anda berasa dahaga semasa mengembara adalah tinggi, jadi penggunaan botol plastik yang banyak pasti menambah kesan buruk pada alam sekitar. Bertindak sebagai pelancong yang bertanggungjawab.

Sebaiknya anda topup air bersih pada drinking stations yang boleh didapati pada kebanyakan hotel serta beberapa restoran. Jangan pula anda minum air paip!

#Fakta – Bekalan air di Bangkok ketika ini terjejas setelah paras Sungai Chao Phraya turun akibat kemarau panjang. Disebabkan itu, air paip di Bangkok dilaporkan ‘berbau’ dan rasanya masin, kemungkinan masalah tersebut berlaku selama empat bulan lagi. (Sumber – Bangkok Post)

Foto - National Geographic

6) Lebihan Makanan

Mmmmm, sedapnya burger malam tadi. Nak simpan untuk makan esuk lah“.

Tak salah untuk berjimat semasa bercuti, tapi jangan sampai memudaratkan diri bila bab makan ni. Kadang-kadang cara penyimpanan makanan dalam bekas/peti sejuk boleh menyebabkan pencemaran silang.

Jika lebih daripada satu hari, buang atau bagi saja baki/sisa makanan itu kepada kucing atau anjing. Tak pasal-pasal nanti boleh sakit perut pula makan makanan dah basi/rosak.

#Extra – Kalau anda susah cari makanan halal di Thailand, cari sahaja Family Mart. Ada beberapa makanan yang dijual telah disahkan oleh Jabatan Agama Islam Thailand dan mempunyai tanda halal.

7) Makanan Pedas & Berempah

Jika anda sedang bercuti ke destinasi yang mempunyai statistik kes keracunan makanan yang tinggi, ambil langkah berjaga-jaga untuk pesan makanan.

Dinasihatkan mengambil lebih banyak makanan pedas dan berempah, ia bagi meningkatkan kadar rembesan jus gastrik.

8) Rehidrasi & Pemulihan

Sekiranya mengalami cirit-birit atau muntah semasa bercuti, sebaiknya anda pulihkan keadaan dehidrasi dengan betul dan dapatkan rehat secukupnya.

Dapatkan paket Oral Rehydration Solutions (ORS) di farmasi berdekatan di Thailand. Kesan garam kering yang dicampur dengan air membantu dehidrasi dalam 3 hingga 4 jam.

Oral Rehydration Solutions

Bagaimana kenal pasti tanda-tanda keracunan makanan

  • Rasa loya dan asyik muntah-muntah
  • Perut akan sakit dan sentiasa memulas
  • Sesetengah orang akan dehidrasi yang boleh menyebabkan demam
  • Cirit birit yang sukar dikawal

Perkongsian artikel ini bukan untuk menakutkan atau menghalang selera anda untuk menikmati makanan-makanan di Thailand tetapi sekadar ingatan bersama.

Nak makan boleh tapi lebih berwaspada dan bersikap prihatin pada perut sendiri. Penulis serik 10x keluar masuk tandas sebab ‘cherry berry’ semasa melancong.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!