Tips Travel Solo Bagi Lelaki - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Tips

Tips Travel Solo Bagi Lelaki

Avatar
Share

Anda lelaki dan ingin travel solo? Paling parah apabila anda seorang beginner tetapi tak tahu apa yang perlu dibawa ke destinasi anda.

Jangan risau! Ikuti tips tentang apa yang perlu dibawa apabila anda ingin travel solo ke negari orang mahupun negara orang.

1. Dokumen Pengenalan Diri

Ini merupakan barang yang paling wajib anda bawa dan simpan apabila anda ingin travel iaitu kad pengenalan diri dan passport. Dua benda ni jangan pernah anda sesekali lupa dan terlepas pandang jika anda travel ke luar negara. Kalau setakat di dalam negara, cukup sekadar kad pengenalan anda sahaja.

2. Powerbank atau Travel Charger

Kalau dah berjalan jauh pastinya jangan dilupakan powerbank dan travel charger anda. Travel Charger ni disertakan sekali dengan beberapa pin yang bersesuain dengan negara-negara luar. jadi anda tidak perlu risau tentang penggunaanya.

Travel Adapter, Plug, Pengisian Plug

Powerbank amat penting apabila anda berada di kawasan yang tiada tempat untuk anda mengecas telefon bimbit anda. Jadi pastikan powerbank anda sentiasa penuh dan guna dengan berhemat.

3. Kamera

Kalau dah travel jauh tu jangan dilupa kamera untuk anda mengambil gambar kenang-kenangan. Paling tidak pun pastikan telefon bimbit anda mempunyai kamera yang cantik.

Bagi mereka yang suka membuat travel vlog, bolehlah membawa kamera GoPro kerana ianya amat sesuai untuk berjalan jauh.

Go Pro Kamera, Rig Kamera, Video 360

4. Earfon

Bagi mereka yang nak travel solo, pastikan anda sentiasa membawa earfon anda. Kalau tidak anda pasti akan merasa bosan kerana perjalanan yang jauh dan lama. Sekurangnya anda boleh hiburkan hati anda yang keseorangan itu.

Seelokknya bawalah dua sebagai satu simpanan andai earfon anda yang pertama rosak atau hilang.

5. Baju Hujan

Di negara orang, iklim cuacanya sangatlah tidak dijangka dan tidak sama seperti di Malaysia. jadi bersiap siaga dengan baju hujan yang boleh dipakai buang. Anda boleh membelinya di Watson atau Guardion dengan harga yang murah dan berbaloi.

6. Tisu Basah

Banyak negara yang tidak menggunakan air sebagai sumber membersih air kecil dan besar. Bagi mereka yang beragama islam, anda digalakkan membawa sentiasa tisu basah ini agar anda sentiasa rasa bersih selepas membuang.

Perlu diingatkan negara luar kebanyakkanya tidaklah seperti di Malaysia yang sentaisa penuh dengan sinki ataupun tandas yang mempunyai air. Jadi anda jangan mudah terkejut dengan keadaan tersebut.

Desinfektan, Tisu, Dettol, Pembersih, Disinfeksi

7. Sunscreen

Kalau di Malaysia pun kita sudah merasa panas apatah lagi apabila kita travel ke tanah orang. Lagi pula tidak kira dimana pun kita berada penggunaan sunscreen amat penting bagi mengelakkan kulit dari terkena sianaran uv.

8. Deodorant

Pasti kita akan tak selesa apabila dah seronok travel tetapi bau badan kurang menyenangkan. Tambahan di negara orang kita pasti hendak menjaga air muka sebgai pelancong dari Malaysia.

Bawa bersama deodorant yang roll-on punya kerana ianya kecil dan mudah dibawa ke mana sahaja.

9. Minyak Angin

Kalau sering berjalan jauh kita pasti akan penat dan kaki kita akan lenguh. Jadi anda bolehlah menggunakan minyak angin untuk melegakan badan anda.

Selain itu, apabila kita di dalam kapal terbang dalam jangka masa yang lama, semestinya kita akan merasa mual dan tidak selesa jadi gunakan minyak angin untuk memberi anda ketenangan.

10. Pen

Yang terakhir sekali jangan lupa untuk membawa pen bersama anda selalu. Ingin supaya memudahkan anda untuk menulis sesuatu ataupun borang.

Jadi itu antara barangan yang penting jika anda ingin melancong ke luar negara secara solo. Anda mungkin boleh menambah lagi barangan yang anda rasa penting untuk dibawa dan tidak memakan ruang yang agak banyak. Semoga tips ini membantu mereka di luar sana.

Sumber: UncleZuan Travel Blog

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!