Tokyo Dinobatkan "Bandar Paling Selamat di Dunia" Tiga Tahun Berturut-Turut Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Insider Pilihan Adamedia Pilihan Backpackerz

Tokyo Dinobatkan “Bandar Paling Selamat di Dunia” Tiga Tahun Berturut-Turut

Share
  • Amsterdam menduduki tangga keempat pada The Safe Cities Index 2019, diikuti Sdyney, Toronto, Washington, Copenhagen, Seoul & Melbourne.
  • Manakala di Asia, Beijing ditempat ke 31, Shanghai menyusup pada kedudukan 32 dalam 60 senarai kota secara keseluruhan.
  • Tidak dilupakan, Kuala Lumpur berjaya menawan kedudukan ke-35 sebagai Indeks Bandar Selamat 2019.

Arigatou Gozaimasu! Tokyo telah dinobatkan Bandar Paling Selamat di dunia untuk tahun ketiga, diikuti oleh Singapura dan Osaka.

Laporan tersebut telah dikeluarkan oleh Unit Perisikan Ekonomi dunia pada 30 Ogos yang lalu.

Jepun
5 wanita tempatan memakai Kimono di Senso-ji temple, Tokyo

Menurut The Economist, bandar Tokyo mempunyai ‘kekuatan yang luas’ dengan kadar jenayah paling rendah tidak kira kekerasan mahupun jenayah kecil, selain infrastruktur yang direka untuk menahan gegaran semula jadi seperti gempa bumi serta risiko rendah terdedah serangan malware komputer.

Selain selamat untuk dikunjungi pelancong, Tokyo telah meneruskan pelbagai usaha pembaharuan untuk melindungi penduduknya daripada bencana alam akibat ancaman perubahan iklim global yang tidak menentu ketika ini. #SaveEarth

Musim luruh di Tokyo, Jepun

Selain itu, Tokyo dan Osaka dijangka mengalamai penurunan populasi penduduk gara-gara kemasukan imigran yang rendah serta kadar kelahiran yang kurang. Sedikit sebanyak trend tersebut membantu mengekalkan keselamatan dan ketenteraman relatif pada kawasan setempat.

Cabaran perbandaran dilaporkan akan terus meningkat di negara-negara dengan kepadatan penduduk yang semakin meningkat seperti China dan India.

*TRIVIA – Jepun sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah kepada Ragbi Piala Dunia akhir bulan ini, di samping Sukan Olimpik Tokyo 2020 tidak lama lagi.

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!