Tokyo Perkenalkan Tandas Awam "Transparent" - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Asean Berita

Tokyo Perkenalkan Tandas Awam “Transparent”

Avatar
Share

Shibuya, antara daerah popular di Tokyo baharu ini memperkenalkan satu tarikan baharu yang agak pelik iaitu tandas awam transparent!

Direka oleh Shigeru Ban Architects, dua buah tandas awam dengan kaca lutsinar (transparent) dibina di dua buah taman di Shibuya iaitu Yoyogi Fukamachi Mini Park dan Haru-no Ogawa Community Park. Sebelum ini, Shibuya cukup dikenali dengan lintasan pejalan kaki “Shibuya Crossing” yang sangat sibuk.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan syarikat arkitek tersebut, idea membina tandas awam transparent muncul berikutan dua kerisauan yang selalu bermain di minda pengunjung yang ingin ke tandas di kawasan taman – pertama, kebersihan, kedua, ada orang ke tak di dalam?

Rekaan terbaharu Shigeru Ban dikatakan dapat mengatasi dua masalah  tersebut. Pertama, pengunjung dapat melihat tahap kebersihan dari luar sebelum masuk. Kedua, kaca lutsinar yang bertukar gelap sedikit (apabila ada orang di dalam) menandakan ada orang di dalam tandas.

Ya, sebaik sesiapa masuk dan mengunci tandas, semua cermin akan menjadi legap untuk sedikit privasi. Bukan nampak semua ya!

Tetapi harus diingat, jika anda masuk dan terlupa mengunci pintu dan terus membuka pakaian, cermin kaca tandas akan kekal transparent dan semua orang di luar boleh nampak apa yang anda lakukan. Bahaya juga!

Kedua-dua tandas ini disediakan untuk pengunjung wanita, lelaki dan untuk keperluan pelbagai guna.

Kredit: CNN

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!