Tourism Malaysia & Expedia Jalin Kerjasama Meningkatkan Kedatangan Pelancong Antarabangsa Menjelang "VM2020" Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Backpackerz Visit Malaysia 2020

Tourism Malaysia & Expedia Jalin Kerjasama Meningkatkan Kedatangan Pelancong Antarabangsa Menjelang “VM2020”

Share
  • Industri pelancongan merupakan penyumbang penting kepada sektor ekonomi Malaysia, dimana menjana hampir 14.9% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menawarkan 3.4 juta peluang pekerjaan.
  • Menerusi kerjasama strategik ini, Tourism Malaysia mensasarkan kedatangan 220,500 pelancong dari Australia, Amerika Syarikat & Jepun dalam tempoh enam bulan kempen.
  • Antara laman web tempahan perjalanan di bawah Expedia Group termasuk Expedia.com, Trivago & Hotels.com.

Bahang Tahun Melawat Malaysia 2020 kini semakin dirasai. Kementerian Pelancongan sedang bergiat aktif menjalinkan kerjasama strategik yang tepat pada masanya untuk memberi manfaat kepada industri pelancongan tempatan menjelang siri ke-5 ‘Visit Malaysia 2020’.

Malaysia Airlines
Jom Cuti-Cuti Malaysia

Terbaru, Tourism Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan syarikat tempahan pelancongan terkemuka Amerika iaitu Expedia Group, bagi meningkatkan promosi pelancongan di Malaysia menerusi kerjasama kedua-dua pihak.


TRIVIA – Expedia group menawarkan lebih daripada 200 laman web tempahan perjalanan di lebih dari 70 negara di seluruh dunia & bekerjasama dengan beribu-ribu penginapan serta rakan penerbangan untuk memenuhi keperluan pelancong moden masa kini.

Tourism Malaysia X Expedia Group. Photo courtesy - Bernama
Pasir Pantai Klebang, Melaka
Pasir Pantai Klebang, Melaka

“Kerjasama ini secara kolektif akan menggalakkan perjalanan percutian ke Malaysia dan seterusnya membantu meningkatkan ketibaan pelancong serta menjana pendapatan, memperkasakan industri hospitaliti dengan kelengkapan fasiliti serta perkhidmatan yang tepat untuk membantu mengembangkan perniagaan di dalam negara dan dilihat sebagai pencetus untuk melestarikan pelancongan yang mampan di Malaysia, ” jelas Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Mohamaddin Ketapi.


View of Sungai Melaka. Photo courtesy - Lonely Planet
Gua Kelam, Perlis

Salah satu perjanjian antara Tourism Malaysia dan Expedia Group adalah memberi tumpuan kepada beberapa kempen global untuk menggalakkan inbound travel ke negara ini khususnya dari Amerika Syarikat, Australia & Jepun.

Ketiga-tiga negara tersebut merupakan penyumbang terbesar untuk jualan di Expedia Group. Oleh itu, kerjasama dua hala ini akan menyaksikan perlaksaaan kempen pemasaran yang menyasarkan destinasi tersembuyi dan unik di Malaysia serta tawaran tempat penginapan kepada 750 juta pengguna Expedia Group di seluruh dunia.

All the best Visit Malaysia, Truly Asia!

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!