Tourism Malaysia Lancar Kempen 'Jom Dive', Tawar Diskaun Bagi Lesen Dan Aktiviti Skuba );

Type to search

Backpackerz Berita

Tourism Malaysia Lancar Kempen ‘Jom Dive’, Tawar Diskaun Bagi Lesen Dan Aktiviti Skuba

Share
Jom dive

Orang ramai boleh menikmati aktiviti selam skuba dan menerokai khazanah hidupan marin dengan potongan harga melalui Kempen Cuti-Cuti Malaysia (CCM) ‘Jom Dive!’.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata kempen pelancongan terbaru Tourism Malaysia dengan kerjasama Persatuan Penyelam Skuba Malaysia bermula hari ini hingga 31 Mei depan itu menawarkan potongan harga istimewa bagi lesen aktiviti selam skuba, selain pelbagai pakej pelancongan menarik.

Katanya, usaha itu bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengunjungi gugusan pulau di negara ini dan menikmati kepelbagaian khazanah marin.

“Sebanyak 1,000 pakej selam skuba ditawarkan berdasarkan terma dan syarat ‘siapa cepat, dia dapat’, selain pemberian diskaun sebanyak RM450 bagi setiap pembelian pakej berharga RM1,000 dan ke atas dalam satu resit.

“Menerusi kempen ‘Jom Dive’, diharapkan dapat meningkatkan keyakinan rakyat untuk melancong serta menyemarakkan semula sektor pelancongan domestik dengan memaksimumkan penggunaan sumber sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan.

Nancy berkata, usaha itu diharap dapat memupuk minat, kesedaran dan rasa kecintaan orang ramai terhadap keindahan dasar laut semula jadi yang ada di dalam negara ini.

Maklumat lanjut mengenai kempen ‘Jom Dive’, layari laman web Tourism Malaysia, www.malaysia.travel atau platform www.xtvt.com.my.

Sumber: Bernama
Tags:

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!