Tourism Malaysia Lancar Promo TV Kempen Cuti-Cuti Malaysia - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Berita Pilihan Editor

Tourism Malaysia Lancar Promo TV Kempen Cuti-Cuti Malaysia

Avatar
Share
  • Promo TV Kempen Cuti-Cuti Malaysia merupakan salah satu inisiatif Tourism Malaysia bagi menyemarakkan pelancongan domestik.
  • Kesemua video akan ditayangkan di RTM menerusi saluran TV1, TV2, OKEY & platform sosial media.
  • Majlis pelancaran kempen turut meraikan pemenang bagi Pertandingan Video Muzik-Muzik Cuti-Cuti at Home anjuran Tourism Malaysia.

Sudah menjadi tugas kita semua untuk memastikan Malaysia pulih dari pandemik Covid-10 selain menyahut seruan kempen Cuti-Cuti Malaysia.

Demikian mesej yang dikongsikan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia setelah melancarkan Promo TV Kempen Cuti-Cuti Malaysia.

Acara tersebut berlangsung dengan jayanya di Dewan Tun Dr. Ismail, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Pelancaran berlangsung dengan jayanya di Dewan Tun Dr. Ismail, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur

Terima kasih diucapkan kepada Bahagian Komunikasi Korporat yang sudi menjemput BackPackerz untuk meraikan pelancaran tersebut.

Terdapat lima video promosi yang telah dihasilkan oleh Tourism Malaysia mengetengahkan beberapa tema dan produk pelancongan.

Segmen yang disiarkan seperti Pulau dan Pantai, Aktiviti Menyelam dan Dasar Laut, Alam Semulajadi dan Pengembaraan serta Makanan.

Pelbagai produk tempatan serta destinasi domestik sudah menanti kunjungan anda
Majlis Pelancaran Promo TV Kempen Cuti-Cuti Malaysia
Majlis Pelancaran Promo TV Kempen Cuti-Cuti Malaysia

Disamping itu, para pemenang bagi Pertandingan Video Muzik Cuti-Cuti at Home sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan turut diumumkan.

Tahniah kepada pemenang! Hadiah utama adalah pakej percutian 3 hari 2 malam dalam Malaysia untuk 5 orang guys! Rugi siapa tak sertai.

Pertandingan ini telah dibuka kepada orang ramai menerusi platform digital pada 18 April sehingga 9 Jun lalu.

Tontonan video yang dihasilkan bagi Pertandingan Video Muzik Cuti-Cuti at Home anjuran Tourism Malaysia

Penulis percaya dengan pendekatan serta inisiatif berterusan menerusi Tourism Malaysia akan membantu memberi pendedahan lebih meluas kepada masyarakat umum.

Pelbagai produk tempatan serta destinasi domestik sudah menanti kunjungan anda! Ayuh sama-sama kita menyemarakkan semula industri pelancongan negara!


Jom baca itinerari weekend getaway ke Air Terjun Lata Hammer, Pahang – baca di sini

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!