Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020 Kembali, Tarik Perhatian Kaki Pancing - Verst Backpackerz );

Type to search

Backpackerz Insider

Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020 Kembali, Tarik Perhatian Kaki Pancing

Ain Huda
Share

Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020 (TMST 2020) mengadakan pertandingan memancing di persisiran pantai bermula 3 Oktober anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management di Pantai Sri Lalang Laut, Mersing Johor dengan kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan SOP yang ditetapkan.

 

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

 

Untuk menyertai pertandingan ini, peserta perlu membayar yuran penyertaan sebanyak RM100 untuk satu joran. Manakala peserta kelainan upaya (OKU) diberi potongan 50% atau RM50. Peserta boleh mendaftar maksimum dua joran sahaja.

Konsep ‘sapu bersih’ dalam pertandingan membenarkan seorang peserta memenangi lebih daripada satu hadiah yang disediakan. Selain itu, pihak penganjur akan memberikan sehelai kemaja-T untuk 1,000 peserta yang terawal.

Pertandingan ini menyediakan hadiah bernilai RM35,000 untuk juara, naib juara akan membawa pulang RM10,000 dan tempat ketiga RM5000. Hadiah saguhati disediakan untuk pemenang sehingga tempat ke-80.

Lokasi TMST 2020 seterusnya akan diadakan di Pantai Sepat, Kuantan, Pahang yang dijadualkan pada 18 Oktober. Pantai Remis, Kuala Selangor pada 6 Disember dan destinasi terakhir di Pantai Puteri, Melaka pada 27 Disember 2020.

Tujuan pertandingan diadakan untuk memperkenalkan kepada menggalakkan penduduk tempatan menerokai dan menghargai pantai di seluruh negara. Sehubungan dengan itu, acara ini juga membantu menjana ekonomi negara, sistem pelancongan serta meningkatkan perniagaan tempatan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!