Transformasi Bandar Seni & Budaya, Lukisan Mural & 3D Tarikan Baharu Pelancong di Butterworth - Verst Backpackerz

Type to search

Backpackerz Insider Visit Malaysia 2020

Transformasi Bandar Seni & Budaya, Lukisan Mural & 3D Tarikan Baharu Pelancong di Butterworth

Share
  • Butterworth yang pernah menjadi pusat pentadbiran Seberang Perai sebelum ini akan dibangunkan semula sebagai bandar yang mempunyai ‘jiwa’.
  • Lukisan mural akan dicat pada dinding di kedua sisi lorong yang panjangnya sekitar 200 meter.
  • Selain imej gajah dalam bentuk poligon, ada juga imej setem Straits Settlement, sawah padi, imej pokok tebu, imej silat Melayu & sebagainya.

Butterworth adalah bandar utama Seberang Perai, bahagian utama negeri Pulau Pinang.

Kebiasaannya, Butterworth dianggap sebagai stesen persinggahan dan bukan sebagai destinasi tujuan utama. Ia menghubungkan keretapi ke Kuala Lumpur dan ke arah sempadan Thailand. Ramai pelancong lebih gemar menghabiskan percutian weekend gateway ke Georgetown. 

Feri
Georgetown, Penang

Kalau korang rasa mural Georgetown sudah terlalu mainstream untuk bergambar, apa kata berkunjung ke Butterworth pula.

Butterworth Art Walk merupakan inisiatif menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 dan Program Butterworth Baharu untuk meningkatkan imej persekitaran yang hijau dan indah dengan identiti perbandaran selari dengan objektif menjadikan Butterworth sebagai Bandar Seni dan Budaya.

Usaha tranformasi itu termasuk menukar hiasan bangunan lama dengan sentuhan lukisan mural dan 3D seperti dilaksanakan di Butterworth Art Walk sehingga menjadi lokasi tumpuan pelancong.

Pengindahan lukisan di Butterworth Art Walk melalui tiga fasa
Butterworth Art Walk
Penang Cultural Heritage Butterworth
Penang Cultural Heritage Butterworth
Penang Cultural Heritage Butterworth

Projek tiga fasa itu adalah usaha sama di antara Majlis bandaray Seberang Perai (MBSP), Think City Sdn Bhd dan Zart Eventive Sdn Bhd. Butterworth Art Walk boleh diakses dari sisi Lodge 18 Hotel di Lorong Bagan Luar 1.

Transformasi mural itu termasuk 45 lukisan yang memaparkan sejarah Butterworth sejak 1843 dan 10 arca di belakang bangunan Lorong Bagan Luar 1 hingga Lorong Bagan Luar 3.

Bagi terus memeriahkan bandar Butterworth, beberapa program akan diwujudkan antaranya Festival Pinggiran Butterworth dan Fun Walk.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!