Travel Dalam Rumah, Dapur Malaysia Ruang Tamu Indonesia );

Type to search

Backpackerz Feast Insider

Travel Dalam Rumah, Dapur Di Malaysia Ruang Tamu Di Indonesia

Share

Rumah biasanya tempat paling selesa kita berehat bersama keluarga, makan, menonton tv. Lagi-lagi pada musim virus melanda ni, tak dapat keluar rumah apa tah lagi nak travel jauh-jauh sampai luar negara.

Tapi lain pula dengan sebuah rumah yang terletak di sempadan Borneo-Kalimantan. Separuh rumah di Borneo, Sabah, Malaysia dan separuh lagi di Kalimantan, Indonesia.

Travel Dalam Rumah

Mungkin ada sesetengah orang sudah tahu kewujudan rumah separuh Malaysia, separuh Indonesia. Mungkin juga ada yang sudah sampai di rumah unik ini.

Rumah ini menjadi viral di Tiktok dengan 362.2k likes dan 1.9k komen yang dimuat naik oleh @hanif.r89.

Travel dalam rumahLokasi rumah ini terletak di sempadan dua negara Malaysia-Indonesia. Bahagian utara rumah berkenaan adalah Malaysia, bahagian selatan rumah di Indonesia. Jadi, penghuni dalam rumah tersebut setiap hari akan merentas sempadan tanpa rasa bersalah!

Pada musim larangan melancong sekarang, rumah ini nampak menyeronokan dan satu perkara yang sangat istimewa pada ‘kaki travel‘ kerana boleh keluar negara tanpa kebenaran.

Jika anda perhatikan, di bahagian depan rumah penghuninya cat warna merah dan putih melambangkan negara Indonesia. Ruangan dapur pula berkibar Jalur Gemilang.

Menurut dari video tersebut, kawasan dapur rumah ini terletak di Malaysia dan ruang tamunya di Indonesia. Seronoknya! Boleh pergi Indonesia hari-hari.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!