'Travel Nurse' Rawat Pesakit COVID-19 Tinggal Dalam Caravan Bersama 2 Kucing

Type to search

Backpackerz Urban

‘Travel Nurse’ Rawat Pesakit COVID-19 Tinggal Dalam Caravan Bersama 2 Kucing

Share
  • Travel Nurse, Danny Rekart dan isterinya, Lindsey Graham tinggal di dalam van berkeluasan 75 kaki persegi yang diubahsuai seperti sebuah caravan bersama dua ekor kucing mereka, Mogley dan Bagherra.
  • Pasangan ini telah mengembara sejak tahun 2016 berikutan situasi kerjaya Rekart dan mula tinggal di dalam van sejak 2019.
  • Ketika tidak melakukan aktiviti outdoor, Rekart bekerja sebagai jururawat kontrak untuk Intensive Care Unit (ICU) yang merawat para pesakit COVID-19 di hospital Southern Carolina.

Disebabkan bekerja sebagai jururawat kontrak (digelar travel nurse), Danny Rekart kerap berpindah randah bersama isteri, Lindsey Graham sejak tahun 2016.

Kedua-duanya lahir dan dibesarkan di St. Louis, Missouri, Amerika dan tidak pernah menetap di tempat lain sehinggalah Rekart mendapat kontrak pertama sebagai jururawat di Los Angeles, California pada tahun 2016.

Secara asasnya, travel nurse merupakan “freelancer” yang dipanggil bertugas selama tiga bulan menggantikan jururawat lain yang mengambil cuti bersalin. Dalam sesetengah kes, mereka turut dipanggil kerana memiliki kepakaran tertentu yang tidak dimiliki jururawat sedia ada.

Graham pula pernah bertugas sebagai ahli kimia namun berhenti kerja untuk mengembara bersama Rekart. Pasangan ini mempunyai minat yang sama iaitu backpacking dan melakukan aktiviti outdoor.

Sebelum mengubahsuai van menjadi seakan caravan, Rekart dan Lindsey menghabiskan banyak wang menyewa apartment sementara selama empat tahun.

“Kami mengalami masalah kewangan berikutan perlu membayar sewa bulanan dan deposit sedangkan selepas beberapa bulan kami akan keluar kerana Rekart menyambung kontrak di tempat lain. Kami fikir, keadaan perlu berubah kerana tidak mahu dihimpit masalab kewangan,” ujar Graham.

Selepas dua tahun berkelana sebagai travel nurse, pasangan ini membambil keputusan untuk tinggal dalam van yang diubahsuai, inspirasi daripada sepupu Rekart yang memiliki Recreational Vehicle (RV).

Graham dan Rekart gembira dengan keputusan mereka. “Kami ada rumah, pada masa sama kami juga dekat dengan alam semula jadi,” tambah Graham.

Kedua-duanya membeli van terpakai jenis Ram Promaster 3500 berharga 35,000 usd (RM140,000). Kedua-duanya mengambil masa lima bulan untuk mengubahsuai van tersebut menjadi seperti sebuah caravan. Ia dilengkapi televisyen, dapur memasak, almari, katil, meja makan dan peti ais jenis (top load).

Walaupun hanya sebuah van, mereka masih mahukan keselesaan. Mereka mahukan sinki dan dapur yang besar serta katil queen bed. Apabila bertugas, Rekart akan parkir van tersebut di ruang bawah parkir hospital.

Pada masa sama, Rekart mengamalkan disiplin yang tinggi daripada segi kebersihan dan keselamatan.

Disebabkan dia bertugas di unit  yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19, Rekart memastikan dia akan mandi sebelum meninggalkan hospital dan kesemua pakaian seperti kasut dan baju akan dibungkus dan diletak di luar van apabila pulang ke “rumah bergerak”.

“Kami menghabiskan masa bersama mengikut cara yang kami suka – dalam alam semula jadi!,” kata Graham.

Kredit: Insider.com

travel
Instagram - lindsey and danny van life
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!