'Travel Safe Malaysia' Bantu Sektor Pelancongan Malaysia );

Type to search

Backpackerz Berita Insider

‘Travel Safe Malaysia’ Bantu Sektor Pelancongan Malaysia

Ain Huda
Share

Untuk membantu semula industri pelancongan dan pengembaraan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menandatangani perjanjian bersama Bureau Veritas untuk melaksananakan ‘Travel Safe Malaysia’ yang disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Program ini ditawarkan kepada ahli MATTA untuk memastikan prosedur dan proses kesihatan, keselamatan dan kebersihan dijalankan sebagai pencegahan COVID-19 sebelum kembali berniaga selepas tempoh kawalan pergerakan.

Bureau Veritas adalah peneraju global dan pengujian, pemeriksaan dan pensijilan yang mempunyai lebih 78,000 petugas dan 1,500 pejabat dan makmal di seluruh dunia.

Menurut Ketua Eksekutif Negara Bureau Veritas Malaysia bagi Komoditi, Industri dan Fasiliti Rantau Asia Tenggara Datuk Mohd Nizam Abdul Malik berkata sektor pelancongan antarabangsa lebih bersedia untuk beroperasi kerana negara ini mengutamakan kebersihan dan keselamatan.

Pelancongan domestik juga mendapat manfaat kerana perkhidmatan mereka diiktiraf mengikut piawaian kebersihan dan keselamatan.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!