Tony Fernandes 'Try Me' Perkhidmatan Terbaru AirAsia );

Type to search

Backpackerz AirAsia Berita

Tony Fernandes Kenalkan ‘Try Me’ Perkhidmatan Terbaru AirAsia

Share

Melalui akaun peribadi Instagram, Tan Sri Tony Fernandes telah berkongsi gambar beliau memakai baju-T putih berdiri di sebelah motorsikal perkhidmatan penghantar makanan ‘Try Me’.

Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia dikenali sebagai ahli perniagaan berjaya dalam industri penerbangan nampak begitu positif mengenai perkhidmatan terbaru yang ditawarkan AirAsia kepada pelanggan.

Walaupun industri penerbangan mengalami masalah sejak virus COVID-19 melanda, beliau berjaya membuat persediaan untuk meneruskan perniagaan dengan cara lain.

Syarikat penerbangan dalam dan luar negara terjejas dan terpaksa mengecilkan operasi kerana tidak mampu menampung kos operasi bulanan yang perlu diselesaikan.

Namun kepantasan Tan Sri Tony Fernandes melangkah lebih jauh dengan menawarkan perkhidmatan ‘Try Me’ mendapat respons baik daripada netizen di bahagian komen Instagram beliau.

Untuk membuat pesanan makanan, anda boleh cuba di Try Me.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!